Menu Makanan Rusia | Citarasa Antarabangsa


Menu Makanan Rusia | Citarasa Antarabangsa | Bila sebut makanan, abam percaya Malaysia memang kaya dengan makanan dari pelbagai bangsa, suku kaun dan etnik. Ini belum lagi dikira dari segi makanan yang telah dicedok resepinya daripada menu-menu antarabangsa dan terjadi menu fusion yang sesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia. 

Tempoh hari abam kaw dan beberapa rakan blogger dan media lain telah dijemput untuk bersama-sama dengan Kedutaan Rusia di Malaysia bagi majlis makan tengahari bersama media. Bukan mudah untuk bertemu dengan orang-orang kenamaan ini, maka abam pun rebutlah peluang untuk turut serta. Dapatlah abam kaw merasai menu makanan rusia

Menu Makanan Rusia

Tujuan majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pihak Kedutaan Rusia dengan media dan juga melihat kebudayaan mereka serta sekali gus merasai menu makanan rusia yang dihidangkan. Alhamdulillah mereka agak sensetif dengan isu halal dan insyaAllah makanan itu semuanya halal. 

Duta Besar Rusia di Malaysia (skirt biru), Lyudmila G. Vorobyeva
Apa yang abam perasan, mereka kurang dengan nasi dan menjadikan roti-roti sebagai makanan ruji mereka. Selain itu menu makanan mereka tidak pedas dan lebih gemar kepada cendawan dan juga pelbagai jenis sayuran sebagai makan mereka. Ni kalau abam kaw mesti kurus macam Duta Rusia ni haaa kot. Hehehee

Puff with Cabbage
Roti empuk yang berintikan sayuran kobis yang ditumus dengan bahan-bahan yang segar. 
Abam suka dengan rasa roti ini.
Puff with Chiken
Roti empuk yang berintikan ayam. Rasanya intinya seperti inti karipap. 
Ini pilihan abam kaw.

Chicken Rolls with Mushrooms
Bentuk seperti sushi, tetapi berlainan sedikit kerana isi ayam yang digulung dengan inti cedawan. 

Vegetables
Menu seperti masak sayur goreng campur. Lebih kurang seperti masakan melayu.

Eggplant Rolls with Mushrooms
Hirisan terung yang digulung dengan inti ayam dan sayuran. 
Ini menjadi pilihan abam kaw. 

Oliver Salad
Salad segar daripada pelbagai jenuis sayuran dan digaul dengan mayonuis dan dicampur dengan sedikit minyak zaitun. 

Pancakes with Salmon
Seperti lempeng melayu. Tetapi 'lempeng' ini berintikan salmon fresh. 
Tekak abam yang melayu ini tidak begitu masuk dengan menu ini. 

Marinated Mushrooms
Cendawan butang yang digaul dengan minyakl zaitun dan juga sedikit masam mungkin dari cuka yang digunakan dan dicampur dengan hirisan bawang besar dan juga bawang putih. 
Ini menjadi pilihan abam kaw. 

Fish Marinated in Carrot Sauce
Ini ikan yang digoreng dan kemudian di'mandi'kan dengan sos karot. Agak sedap rasanya, tapi abam hanya mengambil isi ikannya sahaja. 

Potato Fried with Mushrooms
Kentang yang digoreng dan dicampur dengan beberapa rempah. Sekali tengok bagaikan seperti kentang goreng biasa. Tetapi bila masuk kedalam mulut, memang meletup pap pap pap laaa bunyinya.
Menu pilihan abam kaw. 

Bersama deligasi Kedutan Rusia
Apa pun abam berbesar hati kerana dijemput untuk sama-sama turut serta bagi merasai menu makanan rusia ini dan dapaty beramah mesra dan melihat kebudayaan mereka secara dekat.

Bersama rakan blogger lain
Terima kasih diucapkan kepada Cik Paris Ashiqin dari Majalah Destination Malaysia dan juga pihak Kedutaan Rusia di Malaysia kerana menerima kaehadiran kami semua kesini.

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 komen

  1. Heyyyy, ada orang berani cakap #TakHajakkk??? Publish video orang tu berjogging pergi Russia nanti... #Jeling Rawlins

    ReplyDelete