Resepi Jeruk Epal Asam Boi | Fenomena Makanan Di Malaysia

Friday, November 07, 2014

Resepi Jeruk Epal Asam Boi Fauzi Aryaan

Resepi Jeruk Epal Asam Boi | Fenomena Makanan Di Malaysia | Jeruk epal asam boi cuba mengubah fenomena jeruk mangga asam boi. Sejak dua menjak ni, abam kaw perasan dengan fenomena jeruk mangga asam boi ni haa. Abam pon sedikit pelik dengan fenomena makanan yang menjadi-jadi. 

Kalau dahulu sebuk dengan fenomena durian crepe, pavlova, red velvet dan sebagainya. Terkini, jeruk mangga asam boi menjengah fenomena ini. 

Abam pun cuba untuk masuk kedalam fenomena itu dengan mencuri idea tersebut dan menaiktaraf sesuatu yang baru. 

Jeruk epal asam boi. Sedikit pelik bukan? Nah ini adalah resepi abam kaw yang abam pasti korang pasti akan menyukai resepi jeruk epal asam boi ini. Sangat mudah yeee.

Bahan-bahan:
  • Epal hijau
  • Cili padi
  • Asam boi berwarna merah
  • Sedikit air kapur makan
Cara-cara:
  • Epal hijau hendaklah dikupas kulitnya dan kemudian direndam sebentar dengan air kapur makan dan kemudian ditos.
  • Masukkan epal yang sudahn ditos kedalam bekas
  • Potong cili api mengikut kadar kepedasan yang korang suka
  • Campurkan cili api dan asam boi merah kedalam mangkuk bersama-sama epal tadi
  • Masukkan kedalam peti sejuk semalaman
  • Sedia untuk dihidang

Tips Jeruk Epal Asam Boi: 

- Asam boi merah mempunyai kemasaman dan kemasinan sangat kena dengan tunas rasa abam kaw ni haa. Selain itu ianya akan memberi berlainan dengan orang-orang yang hanya menggunakan asam boi putih tu haaa. 


- Kapur makan digunakan untuk menjadikan epal korang tadi akan kekal rangup dan sangat berahi untuk dimakan dikala sejuk. 

Nahhh. Mudahkan resepi epal asam boi dari abam kaw ni kan?? So korang sudah boleh mencari-cari epal hijau untuk korang mencuba respi abam kaw ni haaa.

You Might Also Like

4 komen