XES Premium Quill City Mall | Outlet XES Terbaru

Wednesday, November 05, 2014




XES Premium Quill City Mall | Outlet XES Terbaru | Ingin mencari jenama alternative bagi kasut baru anda?? Jenama kasut XES adalah jawapan kepada persoalan anda. 

Terbaru XES Premium telah membuka cawangan mereka yang terbaru di Quill City Mall yang terletak ditengah bandaraya Kuala Lumpur. Jika dahulu abam kaw telah dijemput ke Majlis perkenalan duta baru di outlet mereka yang terletak di Shah Alam , tetapi kini abam kaw dijemput bagi majlis perasmian outlet baru mereka. 


Untuk pembukaan outlet terbaru ini, mereka mengenengahkan konsep vintage dan sedikit soft modern menjadikan gaya yang dikeluarkan oleh jenama XES ini mudah diterima oleh semua orang. 


PR Manager bagi XES Premium, Cik Sabrina telah bertindak menjadi pengacara majlis pada tengahri itu. Abam dapati ramai rakan blogger dan juga rakan media yang hadir untuk memberi sokongan kepada pembukaan ini. 


Majlis perasmiana XES Premium ini telah dirasmikan oleh Duta XES iaitu Cik Mico Pun bersama-sama dengan Managing Director of Shellys Marketing.


Turut diselitkan adalah pertunjukan runway kasut-kasut terbaru daripada mereka. Secara peribadi abam kaw, koleksi terbaru mereka ini memang cantik untuk digayakan secara casual ataupun formal.






Seperti biasa diakhir majlis, kami rakan blogger diberikan peluang untuk merasai keselesaan menggayakan jenama XES ini dengan memberi secara PERCUMA sepasang koleksi mereka untuk dibawa pulang.

Haa time ni laa abam kaw bagai nak terpitam sebab banyak yang abam kaw suka tetapi hanya 1 saja yang dibenarkan untuk dibawa balik. 


Akhirnya kasut berpotongan tinggi ini menjadi pilihan abam kaw disebabkan abam kaw pun tak pernah ada koleksi seperti sebelum ini. 


Secara peribadi, abam sangat-sangat berpuas hati dan memang mencadangkan kepada korang untuk mencuba menggayakan kasut dari jenama XES ini. Tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru. Kalau sedap, korang sudah boleh untuk kekalkan bersama jenama ini. 


Terima kasih abam ucapkan kepada pihak XES Premium kerana menjemput dan menerima kehadiran abam kaw didalam majlis ini. 

Bagi sesiapa yang ingin melihat dan mencuba kasut dari jenama XES ini, korang boleh melawat ke XES Premium yang terletak di Quill City Mall, Kuala Lumpur:

XES Premium @ Quill City Mall, Kuala Lumpur
Address : F4-13 & F4-13A, 4th Floor, Quill City Mall,
Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur



You Might Also Like

0 komen