Menu Delifrance Malaysia Sempena Krismas




Menu Delifrance Malaysia Sempena Krismas | Sempena sambutan Krismas yang akan hadir pada 25 Disember nanti, Delifrance Malaysia telah menyediakan pelbagai jenis menu yang khusus bagi sambutan Krismas. Sambutan Krismas akan lebih meriah dengan adanya manisan-manisan yang enak untuk dijamu kepada tetamu. 

Untuk sesi pengenalan ini, pihak Delifrance Malaysia telah menjemput abam kaw dan rakan blogger lain untuk sama-sama merasai menu khas sempena kehadiran Krismas. 

Majlis yang diadakan di Delifrance Malaysia, Avenue K bersebelahan dengan KLCC memang meriah dengan pelbagai aktiviti dan sesi makan-makan. 

Menu Pastri Delifrance Malaysia

Untuk menu pastri, Delifrance Malaysia memperkenalkan menu seperti Santa Play Land Gift Cake, Rocky Land Gift Cake, Salted Caramel Tea Cake with Walnut & Double Chocolate Tea Cake serta Cupcake yang comel. 

Santa Play Land Gift Cake
Santa Play land Gift Cake
Santa Play Land Gift Cake - Kek berperisa red velvet yang enak ditambah dengan sapuan krim cheese masam manis.

Rocky Land Gift Cake
Rocky Land Gift Cake
Rocky Land Gift Cake - Kek lembut yang menggunakan coklat Belgium ini adalah pilihan tepat untuk perayaan Krismas nanti. 

Salted Caramel Tea Cake with Walnut & Double Chocolate Tea Cake
Salted Caramel Tea Cake with Walnut & Double Chocolate Tea Cake
Salted Caramel Tea Cake with Walnut & Double Chocolate Tea Cake - Kek yang lembab dan sangat lembut sesuai diwaktu minum petang. Salted Caramel Tea Cake with Walnut diatasnya penuh dengan kepingan kacang walnut dan Double Chocolate Tea Cake yang dipenuhi dengan cip coklat diatas keknya memang sangat mengujakan.

Cupcake
Cupcake - Didatangi dengan 3 perisa yang tersedia iaitu vanila, coklat dan strawberi. Kek yang lembut lembab pas akan memberi keenakan kepada sesiapa yang menikmatinya. 

Menu Set Sempena Krismas di Delifrance Malaysia

Sempena Krismas yang akan menjelang, Delifrance Malaysia hadir dengan menu set dimana menu set ini didatangakn sekali dengan F&N Season's Iced Lemon Tea. Untuk set menu ini, mereka menyediakan 4 jenis menu khas sempena Krismas iaitu Cheesy Turkey Spaghetti, Provencal Lamb Stew, Poached Salmon with Creamy Dill Sauce dan Lasagna

Chessy Turkey Pasta
Cheesy Turkey Spaghetti
Cheesy Turkey Spaghetti - Spegeti empuk yang dilimpahi dengan sos cheese berkrim dan dihiasi dengan daging ayam turki yang dipanggang. 

Bagi abam kaw, keenikmatan akan terasa apabila digaul sekali sebelum dijamah. Memang sedap kerana sos yang sangat berkrim dan juga herba-herba asli didalamnya. 

Provencal Lamb Stew
Provencal Lamb Stew
Provencal Lamb Stew - Daging kambing yang dipanggang dan dilimpahi dengan sos coklat dan didatangkan sekali dengan salad dan kentang putar. 

Rasa stew kambing ini bagi abam kaw lebih kurang rasa seperti kita memakan kari kambing. Rempah yang diadun memang cukup rasa.

Poached Salmon with Creamy Dill Sauce
Poached Salmon with Creamy Dill Sauce
Poached Salmon with Creamy Dill Sauce - Ikan salmon yang dikukus elok dan dilimpahi dengan sos berkrim dan didatangkan sekali dengan kentang putar dan salad.

Menu ini paling abam kaw suka. Ikan salmon dia memang dimasak elok dengan kentang putar dan juga campuran salad.

Jadi, bagi anda semua yang ingin merasainya jom ke cawangan-cawangan Delifrance Malaysia yang terdekat untuk merasai menu-menu hebat ini. Abam yakin anda semua pasti menyukainya. 

Untuk lebih informasi lanjut, anda semua boleh lawati: 


Facebook: Delifrance


Oh lupa pulak abam hendak beritahu, menu baru yang diperkenalkan HANYA terdapat di semua cawangan Delifrance Malaysia KECUALI semua cawangan dilapangan terbang dan juga Seremban.

Terima kasih kepada pihak Delifrance Malaysia Avenue K kerana menjemput abam kaw dan juga rakan blogger lain untuk sesi perkenalan menu ini. 

Gambar kredit: www.mawardiyunus.com 


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen