Posts

Showing posts from February 7, 2014

[TRAVEL] Karnival Gogar Sekampung 2014 | Sebuah program kemasyarakatan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada 1 & 2 Febuari 2014 yang lalu, patik dan bebrapa blogger dan geng media telah dijemput oleh Tourism Malaysia Negeri Sembilan ke program berbentuk kemasyarakatan iaitu KARNIVAL GOGAR SEKAMPUNG yang diadakan di Padang Awam Kg. Serting Hilir, Jempol Negeri Sembilan.  pelbagai acara yang diadakan disana antaranya Masterchef antara kampung yang diadili oleh Masterchef Dr. Izani, pertandingan karaoke, make over dan pelbagai gerai jualan.  Program masterchef antara kampung ni hampir-hampir serupa dengan masterchef Malaysia yang kita tonton di TV tu haaa. Kirenya adalah cabaran luar bagi mereka. Hehe Barang-barang kering dan basah yang disediakan untuk setiap kumpulan rebut untuk memasak nanti. Protein yang disediakan adalah ayam & juga ikan keli.  Masa bermula maka semua peserta pakat untuk mengambil bahan masakan yang diperlukan untuk memasak nanti. Yang penting menu ayam & ikan keli pasti ada nanti.

[TRAVEL] Victoria Bridge Kuala Kangsar | Lokasi bergambar yang best

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Selepas mengucapkan selamat tinggal dengan keluarga angkat di Homestay Gopeng, geng media & blogger dibawa ke tempat seterusnya untuk program perasmian VICTORIA BRIDGE, KUALA KANGSAR . Perjalanan dari homestay ke lokasi  VICTORIA BRIDGE KUALA KANGSAR  yang terletak di Pekan Karai dari Gopeng ini memakan masa lebih kurang sejam dengan menaiki bas. Sesampai dilokasi yang dituju, kami geng media dibawa menaiki VICTORIA BRIDGE dimana landasan ini tidak lagi digunakan lagi keran landasan baru telah dibina disebelah VINTORIA BRIDGE ini.  Sedikit info berkenaan Victori Brigde ini. merupakan jambatan keretapi yang tertua di Malaysia (Malaya pada ketika itu). Jambatan ini merentasi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar. Dibina pada tahun 1897 dan dirasmikan pada tahun 1900 oleh Almarhum Sultan Perak iaitu Sultan Idris Shah I bersama dengan Residen-General Federated Malay State (FMS) Sir Frank Swettenham ser