Posts

Showing posts from February 17, 2014

[TRAVEL] Transformers Expo 2014 | Makhluk besi ke Malaysia

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Transformers Expo yang telah berlangsung dari 31 Januari 2014 telah melabuhkan tirai pamerannya pada 16 Feb 2014 baru-baru ini. Kesempatan melihat makhluk besi ini telah direalisasikan dengan penganjuran lawatan ke Genting Highlands oleh Friends of Negeri Sembilan (FoNS) dan juga Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan diiringi beberapa teman blogger dan rakan media bersempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 .  Patik juga tidak ketinggalan turut serta didalam penganjuran tersebut. Terima kasih kepada Tourism Malaysia Negeri Sembilan kerana membawa patik dan teman lain untuk sama-sama merasai pengalamn melihat makhluk besi ini.  Jom patik ceritakan pengalaman sepanjang lebih kurang 4 jam disana.  Perjalanan masuk akan disambut dengan pintu gerbang yang senentiasa menerima tetamu dari mana jua yang datang. Pada masa patik datang dengan teman-teman FoNS lain keadaan agak sibuk disebabkan hujung minggu. Ramai ibu bapa yang m

[PERSONAL] 15 FEB 2014 | Bertambah setahun lagi usia

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 15 Febuari 2014 yang lalu bertambahlah setahun lagu usia patik dimuka bumi ini. Alhamdulillah diberikan kesempatan dan usia untuk merasai nikmat dunia ni.  Kadang kala bila benda-benda begini berlaku, barulah kita tersedar yang rupanya makin hari makin berumur kita dibumi-Nya ini.  Apa pun patik hanya mengharapkan sesuatu yang baik-baik akan diterima oleh patik. Sentiasa dikurniakan keberkatan didalam apa jua yang patik lakukan dan dipermudahkan jodoh pada usia yang makin berusia ini insyaAllah.  Selamat ulang tahun kelahiran !!! -Ahmad Fauzi Aryaan-