Posts

Showing posts from February 24, 2014

[TRAVEL] Dialog in the Dark | Merasai 'kegelapan' dunia terang

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah tak anda membayangkan diri anda sebagai seorang yang kurang penglihatan? Bagaimana rasanya bila menjadi seorang yang kekurangan penglihatan? Anda inginkan pengalaman merasai dunia kegelapan?  DIALOG IN THE DARK adalah jawapannya dimanan lokasinya terletak di Petrosains, The Discovery Centre, Aras 4 KLCC. Tempat ini telah dibuka mula beroperasi pada 8 Dec 2013 dan akan tamat pada 31 May 2014 sebelum berpindah kelokasi yang sebenar sekitar bulan 7 nanti.  Patik dari geng digital writer dan rakan media lain telah diberi peluang untuk merasai bagaimana menjadi seorang yang 'gelap' penglihatan. Terasa diri begitu bersyukur masih diberikan 'cahaya' pandangan walaupun patik sudah berkaca mata dan tidak seperti manusia normal lain. Sob Sob Sob. Patik sangat-sangat bertuah kerana diberikan peluang sebegini merasai apa yang mereka diluar sana yang kurang penglihatan rasai.  Sebelum memulakan pengalaman ini,