Posts

Showing posts from March 6, 2014

Sotong Kangkung | Menu Utara Pemecah Selera

Image
Sotong kangkung yang menjadi menu pembuka selera Sotong Kangkung | Menu Utara Pemecah Selera | Kita biasanya menjadikan pelbagai jenis kerabu atau rojak sebagai pembuka selera apabila menjamu selera.  Apa kata sekali sekala kita mencuba menu baru iaitu SOTONG KANGKUNG. Menu   yang patik baru belajar makan ni dikatakan berasal dari sebelah utara telah menjadi makanan kebiasaan bagi mereka. Kebetulan patik dan beberapa rakan blogger dan juga media telah menyertai trip pusing Kedah bersama Aziz Desa dan secara tidak sengaja menu  SOTONG KANGKUNG  ni diberikan kepada kami untuk dijamah.  Perghhh memang sedap rupanya SOTONG KANGKUNG ni ye rasa dengan kepekatan kuahnya lebih kurang seperti rasa kuah rojak dengan kepedasan yang boleh menundang ketirisan peluh. Memang kalau orang kata mak mertua lalu belakang tu memang tak tertoleh laa dengan kesedapan menu utrara ni.  Mengandungi sotong dan kangkung yang dicelur, potongan sengkuang dan timun dan ditambah dengan kuah rojak