Posts

Showing posts from March 27, 2014

Hutan Lipur Lata Bayu | Tarikan Aktiviti Mandi Manda

Image
Hutan Lipur Lata Bayu | Tarikan Aktivit Mandi Manda | Lokasi seterusnya selepas lawatan ke SK TUNKU PUTERA [ Link ] adalah HUTAN LIPUR LATA BAYU yang sangat popular ini terletak di Daerah Baling Kedah . A.F.A dan rakan media lain dibawa kesini untuk tujuan makan tengahari sambil melihat keindahan Air Terjun Lata Bayu yang sangat cantik. Pelbagai jenis menu yang dihidangkan kepada kami. Setiba disana kami terus dijamu dengan makanan tengahari yang disediakan oleh pihak Majlis Daerah Baling. Lauk-lauk kampong manjadi santapan kami pada tengahari tersebut seperti ayam bakar, masak lemak pisang, sambal udang beserta ulam-ulaman dan ditambah dengan pelbagai jenis sambal seperti sambal belacan buah bacang, sambal belacan tempoyak dan juga air asam. Selepas selesai makan tengahari, penulis dan rakan media lain diberi masa untuk bersiar-siar sambil membuat liputan promosi disekitar kawasan ini. Papan tanda peringatan kepada pengunjung turut disediakan Jujur pe