Posts

Showing posts from October 9, 2014

Menu Makanan Rusia | Citarasa Antarabangsa

Image
Menu Makanan Rusia | Citarasa Antarabangsa | Bila sebut makanan, abam percaya Malaysia memang kaya dengan makanan dari pelbagai bangsa, suku kaun dan etnik. Ini belum lagi dikira dari segi makanan yang telah dicedok resepinya daripada menu-menu antarabangsa dan terjadi menu fusion yang sesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia.  Tempoh hari abam kaw dan beberapa rakan blogger dan media lain telah dijemput untuk bersama-sama dengan Kedutaan Rusia di Malaysia bagi majlis makan tengahari bersama media. Bukan mudah untuk bertemu dengan orang-orang kenamaan ini, maka abam pun rebutlah peluang untuk turut serta. Dapatlah abam kaw merasai menu makanan rusia .  Menu Makanan Rusia Tujuan majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pihak Kedutaan Rusia dengan media dan juga melihat kebudayaan mereka serta sekali gus merasai menu makanan rusia yang dihidangkan. Alhamdulillah mereka agak sensetif dengan isu halal dan insyaAllah makanan itu semuanya halal.  Duta Besar