Posts

Showing posts from November 6, 2014

Teater Bangsawan Sinbad | Dendam Ratu kala

Image
Teater Bangsawan Sinbad | Dendam Ratu kala | Sekali lagi Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mementaskan sebuah pementasan yang bertajuk Teater Bangsawan Sinbad - Dendam Ratu Kala  yang merupakan sambungan daripada Teater Bangsawan Sinbad - Batu permata Dewa pada tahun 2009.  Sinopsis Teater Bangsawan Sinbad ‘Teater Bangsawan Sinbad - Dendam Ratu Kala’ mengisahkan tentang apa yang telah terjadi selepas kematian Ratu Sheeba, anak kepada Ratu Kala. Ratu Kala ingin membalas dendam di atas kematian anaknya lalu menculik Permaisuri Jasmin sebagai tebusannya. Sinbad menjadi hilang punca arah dimana kedudukan kerajaan Ratu Kala adalah di Alam Hitam. Dia ingin memulakan pelayaran, sementara itu dia berjanji jika tidak kembali dalam sepurnama, ayahanda saudara Jasmine Jaafar akan menjadi Sultan. Sinbad meminta pertolongan Tiga Setan Ratu Sheeba yang mengetahui kerajaan Ratu Kala. Sementara itu, Puteri Jasmin tel