PUDING RAJA | Hidangan Istana Raja


PUDING RAJA | Hidangan Istana Raja | Puding Raja yang dahulunya menjadi menu pencuci mulut yang popular bagi golongan istana di Negeri Pahang kini telah menjadi popular dikalangan rakyat jelata khususnya dikawasan Pekan, Pahang. 

Keistimewaan Puding Raja

Apa keistimewaan Puding Raja ini berbanding menu pencuci mulut yang lain? Bagi abam kaw, keistimewaan Puding Raja ini adalah terletak pada penyediaannya yang agak menguji kesabaran. Ini kerana kalau kita melihat juadah pencuci mulut yang lain, biasanya bahan-bahan akan dicampurkan menjadi satu adunan dan dimasak terus. 

Berlainan pula dengan Puding Raja ini kerana ianya akan dimasak satu persatu dan dihidangkan secara berlapis-lapis didalam satu bekas. 

Bermula dengan pisang lemak manis/emas yang digoreng, kemudian jala/urat emas, ditaburkan sedikit buah prun, buah ceri, biji gajus dan akhirnya dicurahkan kuah kastar. Haa nampak gambaran cara penyediannya. 


Untuk pengetahuan semua, fokus bagi penyediaan terpenting bagi Puding Raja ini adalah terletak pada pemilihan pisangnya. Pisang lemak manis atau pisang emas adalah yang terbaik didalam penyediaan Puding Raja ini. Sekiranya pisang jenis lain yang digunakan, rasanya tidak akan menjadi. 

Nahhh nampak kan betapa unik dan tersendirnya penyediaan Puding Raja ini berbanding menu pencuci mulut yang lain kan? Apa yang abam kaw boleh beritahu, rasanya memang sangat unik dengan rasa lemak berkrim sos custard dan juga rasa masam manis dari buah prune didalamnya. Memang terbaik.

Terima kasih kepada kawan abam kaw kerana memperkenalkan menu pencuci mulut yang sangat sedap ini kepada abam. Memang sangat berbaloi sangat dari segi rasa dan juga cara penyediaannya.

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 komen