MMA Santai Corner | Lokasi Mee Udang Terbaik

Mee Udang Fauzi Aryaan

MMA Santai Corner | Lokasi Mee Udang Terbaik | Siapa sangka hanya sebuah food court yang dianggap biasa, MMA Santai Corner  menyimpan menu makan yang terbaik di kawasan Nilai. 

Apa yang abam kaw dengar, kebanyakan pengunjung MMA Santai Corner kebanyakan bukan warga Nilai sendiri. Ada yang abam dgr dari Shah Alam, Subang, Kajang dan ada juga yang datang dari kedah Perlis dan banyak lagi. 

Keistimewaan MMA Santai Corner

Mee Udang Fauzi Aryaan

Apa tarikan MMA Santai Corner sehingga ramai pengunjung luar untuk datang kesini? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mee udang hasil cetusan resepi D'Laila Mee Udang yang hangat diperkatakan disosial media. D'Laila Mee Udang juga telah mendapat publisiti daripada media masa seperti surat khabar dan sekali gus menaikkan nama mee udang ini.

Selain mee udang yang menjadi bualan orang ramai, D'Laila Mee Udang juga telah menyediakan masakan terbaru iaitu pelbagai jenis masakan tambahan seperti masak asam tempoyak, asam pedas, gulai kari, masak lemak nenas dan juga masak lemak cili api.

Mee Udang Fauzi Aryaan

Mee Udang Fauzi Aryaan

Mee Udang Fauzi Aryaan

Mee Udang Fauzi Aryaan

Mee Udang Fauzi Aryaan

Mee Udang Fauzi Aryaan

Memang rambang mata bila melihat makanan laut yang terhidang. Pelbagai jenis ikan, udang, kupang yang kata si pemilik gerai akan habis setiap hari. 

Mee Udang Fauzi Aryaan

Yang bestnya adalah semua hidangan ini dimasak secara live depan pengunjung dan menggunakan periuk tanah liat untuk memasak setiap hidangan yang diminta oleh penginjung.

Abam kaw dan rakan-rakan blogger lain telah dihidangkan dengan pelbagai jenis menu yang cukup special antaranya:

Mee Udang Fauzi Aryaan
Masak asam pedas telur ikan mayong

Mee Udang Fauzi Aryaan
Masak lemak cili api bersam rebung & ikan patin salai

Mee Udang Fauzi Aryaan
Masak lemak nenas udang & kupang

Mee Udang Fauzi Aryaan
Masak asam tempoyak ikan patin

Secara keseluruhannya, abam sangat suka dengan konsep yang dibawakan oleh D'Laila Mee Udang ini dengan penambahan sedikit pembaharuan dimana pengunjung boleh merasai menu baru di gerai mereka. 

Sebagai penutup, menu yang sangat signature bagi D'Laila Mee Udang adalah mee udang mereka sendiri yang sangat mengiurkan. 

Mee Udang Fauzi Aryaan

Korang boleh bayangkan betapa tersadarnya abam kaww dan rakan lain apabila selesai menjamah semua menu yang dihidangkan. 

Mee Udang Fauzi Aryaan

Bagi korang semua yang ingin menikmati pengalaman menjamah Mee Udang terbaik dan juga menu-menu sampingan yang tidak kurang hebatnya boleh laaa singgah ke MMA Santai Corner. Korang hanya perlu menggunakan aplikasi waze dan cari "MMA SANTAI CORNER", pasti korang akan dibawa betul-betul dihadapan kawasan makan ini. 


Akhir kata, terima kasih kepada D':aila Mee Udang kerana melayan kami dengan mesra. Memang terbaik laa kak !!!

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen