THE BALL ROOM | Lokasi Hiburan Santai

The Ball Room Fauzi Aryaan

THE BALL ROOM | Lokasi Hiburan Santai | Remaja mahupun keluarga tidak akan lepas dengan permainan santai iaitu permainan boling. Terbaru THE BALL ROOM tampil dengan pembaharuan yang sangat drastik. Apa yang drastiknya? Teruskan untuk membaca entri ini. 

The Ball Room Fauzi Aryaan

Berlokasi di Nu Sentral Kuala Lumpur, THE BALL ROOM telah mengadakan majlis perkenalan dan juga majlis pembukaan kepada media dan juga rakan blogger. Abam kaw juga dijemput untuk sesi perkenalan dan majlis pembukaan ini.

Menarik THE BALL ROOM

Yang best berkenaan THE BALL ROOM ini adalah dimana kesemua jenis hiburan dibawah 1 bumbung. Dengan konsep EAT. DRINK. BALL, mereka menyediakan hiburan seperti permainan boling, pool dan dart lounge dan tidak lupa juga bilik untuk berkaraoke yang abam kaw pasti akan menjadi THE BALL ROOM suatu lokasi tarikan di Nu Sentral Kuala Lumpur.

The Ball Room Fauzi Aryaan

Turut disediakan lokasi untuk mereka yang ingin mengadakan majlis peribadi atau pun apa jua majlis pelancaran. Kiranya semua yang ada disini memang cukup lengkap.

The Ball Room Fauzi Aryaan

Selain berhibur disini, mereka juga turut menyediakan makan untuk dijamu. Sambil bermain, korang boleh membasahkan tekak dan juga merasai menu-menu yang mereka sediakan. Yess semuanya didalam satu kawasan. Sangat mudah bukan. 

The Ball Room Fauzi Aryaan

The Ball Room Fauzi Aryaan

The Ball Room menyediakan 24 lane dan beberapa ruangan boling khas yang mungkin boleh digunakan untuk sebarang majlis peribadi. 

The Ball Room Fauzi Aryaan

Abam kaw dan rakan blogger lain diberi peluang untuk merasai pengalaman bermain di 'rumah baru' The Ball Room.

The Ball Room Fauzi Aryaan

Bagi korang yang ingin merasai pengalaman hiburan dibawah satu bumbung, korang boleh jadikan THE BALL ROOM ini sebagai lokasi hiburan bersama rakan mahupun keluarga.

THE BALL ROOM
Lot 4.01, Level 4, Nu Sentral,
No. 201, Jalan Tun Sambanthan,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

WAKTU PERNIAGAAN:
Dibuka setiap hari 10:00am – 1:00am

FACEBOOK PAGE:

Terima kasih kepada pihak THE BALL ROOM kerana menerima kahadiran abam kaww dan rakan blogger lain kemajlis pembukaan THE BALL ROOM Nu Sentral.

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen