Dunia Patik | Kembali Berkongsi Kisah Travel . Food . Lifestyle


Dunia Patik | Kembali Berkongsi Kisah Travel . Food . Lifestyle | Sudah lama rasanya abam kaw tidak menulis sebarang kisah didalam blog ini memandang kan blog abam mengalamani sedikit masalah dan akhirnya blog abam yang lama iaitu "www.fauziaryaan.com" tidak lagi boleh berfungsi seperti biasa. 

Agak kecewa dengan keadaan yang berlaku, tetapi mood untuk berblog masih ada dan rindu untuk berkongsi apa jua kisah didalam ini dan akhirnya abam mengambil keputusan untuk menggunakan domain terbaru iaitu "www.duniapatik.com".

Pembaharuan Didalam Berblog

Bagi mereka yang telah mengenali patik dengan sekian lama, DUNIA PATIK telah muncul sekitar tahun 2009 sebelum patik bertukar kepada blog FAUZI ARYAAN dengan menggunakan kata ganti diri "PATIK" didalam penulisan. Walaupun sedikit janggal, tetapi penggunaan kata ganti diri tersebut memberi sedikit impak didalam penulisan patik pada ketika itu. 

Kenapa patik melakukan pembaharuan didalam berblog? Ini kerana seorang dari rakan blog patik mengatakan penggunakan patik & Dunia Patik adalah sesuatu yang rapat kepada pembaca. Patik sebenarnya tidak perasan dengan keadaan tersebut, tetapi mungkin orang luar lebih merasa begitu & akhirnya patik & Dunia Patik kembali untuk berkongsi cerita.

Patik berharap dengan penjenamaan semula ini, patik akan diterima didalam dunia penulisan blog sama seperti blog yang terdahulu. Terima kasih kepada semua pembaca yang masih sudi untuk membaca blog patik walaupun telah sekian lama tidak memberi cerita kepada kalian.

p/s: terima kasih kepada blogger HIZAMI kerana mereka header yang sangat lama patik simpan. Mujur masih ada lagi didalam simpanan. InsyaAllah akan digunakan sebagai rujukan.


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 komen

  1. slamat berblog kembali...ehehehe

    blog update : http://bitttravel.blogspot.com/2015/04/vatican-city.html

    ReplyDelete
  2. Yes, lamer dah tunggu perubahan....

    ReplyDelete