GALACTIC LASER | Aktiviti Hujung Minggu Blogger

Galactic Laser Dunia Patik

GALACTIC LASER | Aktiviti Hujung Minggu Blogger | Hari minggu merupakan hari yang patik dan rakan blogger tunggu kerana dihari minggulah segala akiviti riadah atau pun sesi memenuhi masa akan digunakan.

Untuk kali ini, patik ingin berkongsi kisah hari minggu kami iaitu dengan berkunjung ke GALACTIC LASER yang berlokasi di Mid Valley Mega Mall, Kuala Lumpur.

Menarik Galactic Laser

Apa yang menarik di Galactic Laser ini adalah ianya sebuah permainan pertarungan dengan menggunakan elemen digital dan laser. Permaianan ini lebih kurang dengan paintball tetapi menggunakan vest yang direka khas dan juga senapang yang mengguanakan teknik laser untuk menyerang musuh.

Galactic Laser Dunia Patik

Sebelum bermula, sedikit penerangan berkenaan keselamatan dan juga pemerkahan akan diberikan kepada peserta yang akan turut serta didalam permainan ini. Semua sudah tidak sabar untuk merasai pengalaman bertarung didalam zon perang yang direka khas ini. 

Galactic Laser Dunia Patik

Galactic Laser Dunia Patik

Masa diberikan untuk setiap pertarungan adalah 7 minit setiap game. Bagi patik 7 minit yang diberikan bagaikan 7 jam berada didalam bilik gelap itu. Hahahaha

Galactic Laser Dunia Patik

Bagi mereka yang tidak bertarung, mereka boleh melihat markah yang dikumpul oleh setiap pemain diskrin yang disediakan diluar bilik pertarungan. Memang sengit markah antara setiap pemain. 

Secara peribadi, patik berasa sungguh seronok dengan konsep permainan indoor yang diterapkan. Tak payah laa patik berpanas segala untuk bermain kerana kondisi lapangan permainan tersebut dilengkapi dengan pendingin hawa yang selesa. 

Galactic Laser Dunia Patik

Apa pun patik mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Galactic Laser Mid Valley kerana sudi menerima kehadiran patik dan rakan-rakan blogger yang lain. Kami semua sangat seronok !!

Galactic Laser Dunia Patik

Oh yaa sebelum patik lupa, bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut, anda semua boleh layari galacticlaser.com atau boleh kealamat berikut untuk merasai pengalaman yang patik dan rakan-rakan lain rasai. 

--------------------------------------------------------------------------------

CAWANGAN MID VALLEY 

Alamat:
T-012A, 3rd Floor, North Court, Mid Valley Megamall
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
Malaysia

Berada di tingkat 3, North Court, Mid Valley Megamall, berdekatan denagn Megakidz dan Celebrity Fitness.

Waktu Perniagaan:
We open everyday!
10AM to 10PM – Sunday to Thursday
10AM to 12AM – Friday, Saturday and eve of Public Holidays

Telefon: 
03-2283 2999

Fax: 
03-2283 1999

E-mail: 


CAWANGAN SUNWAY 

Alamat:
LG3.06 Sunway Pyramid Mall, 
No. 3 Jalan PJS11/15, 
46150 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Perniagaan:
We open everyday!
10AM to 10PM – Sunday to Thursday
10AM to 12AM – Friday, Saturday and eve of Public Holidays

Telephone: 
03-5638 8833

Fax: 
03-5638 8811

E-mail: 

Kredit gambar: www.mawardiyunus.com

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen