ILuminate Light Up Resorts World Genting | Persembahan Lampu Didalam Gelap

Monday, April 20, 2015


ILuminate Light Up Resorts World Genting | Persembahan Lampu Didalam Gelap | Persembahan lampu didalam gelap? Lampu sahaja yang bergerak? Anda boleh bayangkan bagaimanakah persembahan tersebut? 

Tempoh hari patik dan team Projek Travel serta #SahabatProjekTravel yang bertuah telah dijemput oleh pihak Resort World Genting untuk sama-sama menyaksikan sebuah persembahan yang dipanggil ILuminate Light Up Resorts World Genting.

Sebenarnya patik pernah melihat persembahan seakan-akan seperti ini yang dipersembahkan di Istana Budaya untuk Teater Super Moh

Keunikan ILuminate Light Up Resorts World Genting

Persembahan "ILuminate Light Up Resort World Genting" ini akan dipersembahkan didalam gelap dan hanya pakaian yang bercahaya akan melakukan pergerakan mempersembahkan cerita. Ditambah keunikkan mereka adalah, mereka ini adalah peserta didalam America's Got Telent dimana mereka telah memenangi tempat ke-2 didalam pertandingan tersebut. 



Secara peribadi, patik berasa sungguh teruja dengan persembahan ini dimana bukan sahaja mereka ini melakukan persembahan bertaraf antarabangsa, malah persembahan mereka sangat artistik dan warna warni. Hanya dengan menggunakan bahasa badan, anda semua perlu memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka. 



Persembahan yang memakan masa lebih kurang 75 minit ini akan membawa anda semua kesebuah kisah cinta, persahabatan dan juga kasih sayang. memang anda semua akan kagum dengan teknik persembahan mereka. 

Persembahan yang merangkumi muzik, tarian dan juga aturan persembahan lampu yang sangat hebat dibawakan oleh mereka sepanjang persembahan. 



Sepanjang persembahan, patik dan semua penonton dilarang untuk mengambil gambar kerana cahaya lampu yang muncul walaupun sedikit dari telefon bimbit boleh menggganggu persembahan dan menjadikan persembahan sedikit cacat. Jadi tiada gambar patik dan rakan-rakan didalam dewan persembahan. 



Oh yaaa lupa patik ingin beritahu berkenaan harga yang dikenakan untuk setiap persembahan. Harga bagi setiap persembahan bermula pada harga RM48 sehingga RM198 dan persembahan adalah pada setiap malam sehingga 28 June 2015 nanti. 


Akhir sekali, patik ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Resort World Genting diatas persembahan ILuminate Light Up Resorts World Genting ini dan tidak henti-henti menjemput patik, team Projek Travel dan rakan blogger lain untuk setiap acara yang pihak Genting lakukan. 



You Might Also Like

1 komen

  1. best ni! anak2 panggil lampu tron! hehehe


    blog updated http://bitttravel.blogspot.com

    ReplyDelete