LASER WARZONE | Permainan Laser Terbaru





LASER WARZONE | Permainan Laser Terbaru | Laser Warzone yang berlokasi di Wangsa Walk, Wangsa Maju Kuala Lumpur menjadi lokasi kunjungan patik & rakan blogger lain sempena jemputan blogger NADIAFARAHIDA untuk memeriahkan program santai-santai yang beliau adakan. 

Untuk pengetahuan semua Laser Warzone ini khabarnya permainan digital terbaru di Wangsa Walk Wangsa Maju ini dan menjadi tumpuan pengunjung untuk lepak-lepak bersama keluarga atau pun rakan taulan. 

Istimewa Laser Warzone

Keisitimewaan Laser Warzone ini adalah kerana permaianan ini mengabungkan elemen digital & laser yang boleh patik kategorikan sebagai permainan yang selamat dan juga sangat selesa. Berlokasi didalam sebuah premis membeli belah yang dilengkapi dengan pendingin hawa menjadikan permainan ini lebih selesa.

Teknik permainan dia lebih kurang paint ball tetapi ianya tidak menyakitkan dan mungkin menyakitkan hati apabila anda semua berjaya ditembak oleh musuh yang datang.



Seperti biasa sebelum permainan dimulakan, sedikit penerangan berkenaan penggunaan alatan dan juga teknik bermain akan diberikan oleh orang yang bertanggungjawab.



Setiap permainan diberikan masa sebanyak lebih kurang 7 minit dan pada permulaan markah akan dikira secara individu sebagai "salam perkenalan" dan kemudian kami seramai lebih kurang 36 orang ini diberikan mengikut kumpulan.

Patik tergolong didalam kumpulan ke-3 bersama rakan blogger lain. Memang sangat seronok permainan seperti ini sebab ianya selesa. Itu lebih penting bagi patik dan sungguh mendebarkan tatkala untuk menyerang musuh. Hahaha



Haa begini laaa keadaan didalam ruang untuk bertarung. Didalam gambar ini keadaan bilik ini telah diterangkan dan sebenarnya ianya adalah gelao & hanya dibantu dengan lampu-lampu yang sensetif didalam gelap sahaja. Memang sangat mendebarkan. 


Secara peribadi, patik rasa harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi lagi-lagi bagi mereka yang bergelar pelajar kerana pakej anda akan diberi dengan harga yang sangat istimewa.

Apa pun, terima kasih patik ucapkan kepada pihak penganjur, YAYA dan juga pihak Laser Warzone, Wangsa Maju Kuala Lumpur kerana sudi melayan kami semua dan menyediakan lokasi permainan yang sangat best !!!

Bagi yang nak terjah Laser Warzone ini. mereka mempunyai 3 cawangan buat setakat ini iaitu:

Tingkat 2, Ecurve Damansara

Tingkat 3 Wangsa Walk Mall Wangsa Maju

Tingkat 4 Gurney Plaza Penang


Facebook: LASER WARZONE

Kredit gambar: Nadiahfarahida



Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen