CARA MENUNAIKAN SOLAT DIDALAM KAPAL TERBANG

CARA MENUNAIKAN SOLAT DIDALAM KAPAL TERBANG | Bagi yang agama islam, solat merupakan tiang agama dan ianya wajib dilakukan didalam apa jua keadaan. Bagi kaki-kaki travel mesti memerlukan tips dan kaedah untuk menunaikan solat didalam kapal terbang kan?


Naahhhh.. bagi mereka yang berada didalam kapal terbang, ini ada cara menunaikan solat didalam kapal terbang yang patik ingin kongsikan bersama pembaca blog patik ni haaa.


1. Duduk menegakkan badan

2. Niat solat lalu mengangkat takbir dan bacaan lain dalam solat

3. Rukuk dengan menundukkan kepala sedikit dengan tangan diletakkan di atas lutut

4. Sujud dengan dahi menyentuh kerusi hadapan

5. Duduk di antara dua sujud, duduk tahiyyat awal, tahiyyat akhir, dan memberi salam adalah kedudukan seperti duduk biasa


Untuk makluman semua, solat yang dilakukan ini adalah bagi menghormati waktu iaitu dengan isyarat sahaja di mana kita seolah-olah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat pada pokok. (Tidak perlu ada air sembahyang, tidak perlu menghadap Kiblat dan tidak perlu mengikut syarat-syarat sah lain yang diperlukan ).

Apabila turun di lapangan terbang dan waktu masih ada, wajiblah solat berkenaan diulang semula dan jika sudah habis waktu, wajiblah sembahyang berkenaan diqada'kan.

Semoga perkongsian yang patik kongsikan ini berguna untuk bakal-bakal pelancong yang akan melancong dengan jarak yang panjang semasa didalam kapal terbang nanti.

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen