ByFauziAryaan Pilihan NowSeeHeart


ByFauziAryaan Pilihan NowSeeHeart | Label ByFauziaAryaan adalah sebuah label  yang patik hasilkan untuk pakaian muslimin yang fokus kepada penghasilan kurta yang lebih kearah urban dan masih mengekalkan ciri-ciri sopan didalamnya. 

Untuk menghasilkan jenama sendiri ni patik telah banyak membuat kajian terhadap koleksi-koleksi sedia ada supaya koleksi patik ini tidak akan sama dengan kurta-kurta yang ada dipasaran. Signature patik tersendiri itu yang menjadikan koleksi patik ini adalah berlainan dengan jenama lain dipasaran. 


Bila patik diterjah oleh pihak kumpulan nasyid Now See Heart yang memang popular di Malaysia untuk berjumpa dan berbincang untuk mencari persalinan bagi persembahan mereka semasa Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, ianya bagaikan sebuah mimpi. Manakan tidak bila sebuah label yang sangat baru diterjah oleh seseorang yang berpengaruh didalam industri musik nasyid di Malaysia. 


Perbincangan demi perbincangan antara kami dan akhirnya sampel untuk mereka berjaya patik siapkan. Kurta stripe merah ini menjadi pilihan mereka untuk mereka peragakan semasa persembahan tersebut. 


Alhamdulillah kerana ini adalah pengalaman pertama patik yang semestinya bukan belatar belakang seorang pereka fesyen untuk terjebak didalam industri pakaian. 

Bagi mereka yang ingin melihat koleksi kurta patik, anda semua boleh singgah ke Butik Hijrah Couture Bangi Sentral untuk mendapatkannya atau sekadar melihat-lihat koleski patik disana. 

Atau boleh lihat di instagram @ByFauziAryaan atau boleh call/ whatsapp patik di 017-2750470 untuk sebarang pertanyaan.

p/s: Koleksi hari raya ByFauziAryaan 2015 bakal menjengah pasaran dalam masa terdekat


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen