COMOS | Kenderaan Elektrik Pertama Malaysia

Kenderaan Elektrik Pertama Malaysia

COMOS | Kenderaan Elektrik Pertama Malaysia | Kalaulah patik mempunyai kereta sekecil ini untuk bergerak merata-rata di Lembah Klang dan kawasan-kawasan yang sedikit sesak tanpa penghiraukan kehabisan minyak kerana ianya 100% menggunakan tenaga elektrik. 

Kenderaan Elektrik Pertama Malaysia

Terbaru CMS Consortium Ecotour Sdn Bhd (CMS) telah melancarkan Program Perkongsian Kereta Elektrik (EV) Pertama berkonsepkan “Cohesive Mobility Solution” (COMOS), yang memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat tempahan bagi mengambil dan memulangkan semula COMOS EV di lokasi utama yang terpilih di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Kenderaan ini telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Haji Ahmad Phesal Hj Talib bertempat di LRT Bangsar. 

Kenderaan Elektrik Pertama Malaysia

Kenderaan Elektrik Pertama Malaysia

Menarik Kenderaan COMOS 

Apa yang menarik tentang kenderaan COMOS ini adalah ianya sebuah program yang menawarkan sewaan kereta elektrik dengan kadar bayaran yang mampu bayar yang memberi fokus kepada pengguna di Lembah Klang.

Terdapat 2 jenis kenderaan yang ditawarkan didalam program ini iaitu Renault Twizy dan Renault Zoe.

Renault Twizy yang lebih kompak ini menawarkan 2 pilihan pengguna iaitu single seat dan juga double seat dengan kelajuan maksima 80km/j. Bagi mereka yang sukakan keadaan santai, Renault Twizy ini memang sesuai untuk anda. Patik kalau dapat sebiji kereta elektrik seperti ini, mudah patik untuk ke tempat kerja dan ke lokasi lain. 
  Kenderaan Elektrik Pertama Malaysia

Kenderaan Elektrik Pertama Malaysia

Bagi mereka yang berkeluarga, Renault Zoe adalah terbaik buat anda semua. Kereta elektrik yang lebih luas dan besar ini mempunyai kelajuan maksima 135 km/j. Memag sangat sesuai untuk mereka berkeluarga. 

Kenderaan Elektrik Pertama Malaysia

Kenderaan Elektrik Pertama Malaysia

Untuk pengetahuan, pendaftaran keahlian biasa, berharga keahlian akan dikenakan sebanyak RM300 setahun.

Tetapi disebabkan program ini baru sahaja dilancarkan, COMOS berbaik hati menawarkan promosi dengan hanya RM50 setahun, terbuka kepada sesiapa yang mendaftarkan diri dalam tempoh 3 bulan yang pertama sahaja.

Dari segi kadar sewaan pula, caj yang akan dikenakan adalah RM6 bagi setiap 15 minit (harga promosi, harga biasa RM8 bagi setiap 15 minit) dan sekiranya sewaan adalah melebihi 6 jam, kadar maksima yang dikenakan adalah berdasarkan kiraan 6 jam sahaja (sebagai contoh, sewa 10 jam tapi perlu bayar untuk harga 6 jam sahaja), dimana kereta tersebut juga perlu dipulangkan sebelum jam 10 malam.

Wowww, memang sangat berbaloi dengan kadar harga promosi yang mereka kenakan untuk masa terhad ini. 

Kalau korang ingin tahu, bagaimana untuk mengecas bateri kereta elektrik? Jangan risau kerana terdapat 10 stesen mengecas yang disediakan untuk kemudahan semua. 

Stesen Pengecas kenderaan EV Comos adalah:
  1.  LRT Bangsar
  2.  UTM
  3. Jalan Munshi Abdullah
  4.  Monorail Medan Tuanku
  5. LRT Universiti
  6. LRT Asia Jaya
  7. LRT Kelana Jaya
  8. Lorong P.Ramlee
  9. Stesen Kl Central
  10. UM
Dan program ini akan berkembang di Melaka, Langkawi, Johor dan Pulau Pinang.

Untuk keterangan lanjut, korang boleh ke laman sesawang COMOS di www.comos.com.my kerana disana segala informasi yang penting akan diperolehi. 

Kenderaan Elektrik Pertama Malaysia


Cepat rebut peluang ini untuk menikmati ganjaran yang hebat dari COMOS. Terima kasih pihak penganjur kerana menjemput kami kemajlis ini. 

Kredit gambar: www.kisahemasputih.com

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen

  1. patut la nampak ritu kat putrajaya.. comelnyaaaa

    ReplyDelete