Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Terengganu International Squid Jogging Festival 2015 | Festival Antarabangsa Mencandat Sotong Terengganu 2015 telah berlangsung dengan jayanya dimana Tourism Terengganu dengan kerjasama Gaya Travel telah berjaya mengumpulkan lebih dari 120 pengamal media tempatan dan juga media antarbangsa di Negeri Terengganu Darul Aman. 

Perjalanan kami pengamal media dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu di kawal oleh Polis Di Raja Malaysia sepanjang perjalanan supaya perjalanan kami tepat pada masanya. 

Perjalanan memakan masa lebih kurang 5 jam akhirnya berlalu. Kami ditempatkan di dua buah hotel iaitu Hotel Permai Kuala Terengganu dan juga Hotel Duyung Marina Resort Kuala Terengganu

Apa yang patik boleh huraikan, program yang disusun memang terbaik dan sangat berinformatif bukan sahaja fokus pada aktivit mencandat sotong tetapi kebudayaan dan juga produk lain yang boleh diperkenalkan kepada umum di Negeri Terengganu. 

Aktivi Mencandat Sotong

Ini adalah pengalaman pertama patik untuk merasai aktivit mencandat sotong. Kami semua sempat perasai pengalaman 2 kali mencandat sotong. Untuk kali pertama, kami dilepaskan dari Pulau Redang. Bercerita tentang Pulau Redang, perkataan yang akan muncul bila melihat pulau ini adalah "Wowwww..". Itu lah yang boleh patik perkatakan betapa indah cantik keadaan di Pulau Redang. 

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Disebelah petang kami dilepaskan untuk memulakan aktivit mencandat sotong. Bot nelayan yang telah tersedia ditepi jeti ini menjadi kenderaan kami ke tengah laut. Ini juga adalah pengalaman patik merasai sendiri berada diatas sebuah bot nelayan yang memang khusus digunakan untuk mencari rezeki dilautan.

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Pada mulanya semua peserta memang sangat-sangat teruja kerana masing-masing akan cuba mencari sudut gambar paling cantik untuk dikongsi bersama pembaca diluar sana. 

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Patik juga sendiri begitu teruja kerana bukan semua orang boleh merasai pengalaman seperti ini. Boleh dikataka semua benda yang ada didalam bot ingin diabadikan didalam kamera. 

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Uniknya bot patik ini adalah kerana bot ini mempunyai tandas 'bergerak'. Tandas inilah yang nelayan akan guna untuk melepaskan hajat-hajat mereka sepanjang berada dilautan. Agak unik dan memang sangat-sangat berguna diwaktu kecemasan.

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Untuk mencandat, tali tangsi dan juga umpan ini telah diberikan untuk melakukan aktiviti mencandat. Merasai sendiri aktivit mencandat ini membuatkan patik insaf dimana bukan mudah untuk mendapatkan rezeki ditengah lautan. Rezeki yang kita sendiri tidak pernah tahu ada atau tidak.

Pada mulanya memang bersemangat. Tetapi ..............

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Mabuk laut? Itu adalah pertanyaan semua orang kepada patik. Yessss patik mengalami mabuk laut yang teramat sangat. Laut yang sangat bergelora memberikan kesan yang sangat dahyat. Patik mengalami muntah yang amat teruk sehinggakan patik tidak boleh untuk berdiri dan segala benda didalam perut habis patik keluarkan. Sepanjang masa bermula dari petang sehingga malam patik tersandar dan terbaring diatas bot.

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

Pengalaman yang memang tidak boleh patik beli dimana-mana. Terima kasih Tourism Terengganu dan juga Gaya Travel kerana menjemput patik dan juga rakan media lain ke program yang bertaraf antarbangsa ini.

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen

  1. pertama kali menjejaki blog pojie
    waiting for your next update of the trip
    MY-Emily

    ReplyDelete