Bubur Lambuk Ramadhan 2015

Bubur Lambuk Ramadhan

Bubur Lambuk Ramadhan 2015 | Seperti kebiasaanya setiap tahun, bila bulan ramadhan pasti patik dan rakan staf fakulti akan sibuk dengan aktivit memasak bubur lambuk ramadhan. Begitu juga ramadhan tahun 2015 ini. Sekali lagi aktiviti ini berlangsung. 

Bubur Lambuk Ramadhan

Bukan kerana patik hebat memasak, tetapi patik akan mengetuai aktiviti memasak bermula dari jemputan tukang masak, bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak sehinggalah memohon sumbangan bagi aktiviti ini. 

Sebenarnya patik seronok dengan aktiviti bersama di fakulti. Sejak patik bertugas di fakulti, patik dapat rasa penerimaan patik terhadap golongan staf disini sangat-sangat terbuka.


Bubur Lambuk Ramadhan

Jika dahulu, patik diberitahu aktiviti sebegini akan suram dan sugul. Tapi sejak patik mengepalai aktiviti memasak bubur lambuk ini, ianya menjadi seperti makin meriah. Alhamdulillah sekiranya kehadiran patik ke fakulti memberi warna-warna baru. 

Bubur Lambuk Ramadhan

Aktiviti memasak bubur lambuk ramadhan ini tidak akan meriah dengan kehadiran rakan-rakan sekerja yang lain yang turut sama bertungkus lumus bermula dengan aktivit rewang di makmal bermula dengan aktiviti memotong bahan-bahan masak sehinggalah mengisar dan memotong dadu segala dging ayam. 

Bubur Lambuk Ramadhan

Alhamdulillah, boleh patik katakan sumbangan bagi aktiviti ini sangat-sangat menggalakkan. Ini tidak termasuk dengan orang yang ingin memberi sumbangan bahan masak malah ada juga yang menyumbang dalam bentuk kewangan. 

Sebanyak 40 kilogram beras yang digunakan, maka terhasillah sebanyak 600 buah bekas makanan yang berjaya diagihkan untuk semua warga fakulti dan juga pelajar yang lalu lalang berhampiran lokasi memasak kami. 

Bubur Lambuk Ramadhan

Secara keseluruhan, patik memang seronok mengepalai aktiviti ini dan sudah tentu tahun hadapan patik sekalilagi akan menjadi taukeh kepada aktivit ini sekiranya khidmat patik masih ada disini. 

Bubur Lambuk Ramadhan

Patik juga mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan patik yang begitu menyokong dengan turut serta dilokasi tempat kami memasak. Memang sedikit terkejut tetapi patik sangat-sangat hargai. Orang kata sokongan penyelia kita sedikit sebanyak memberi semangat kepada kita untuk lebih bagus. TQ Prof.

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 komen

  1. petang ni ada event iftar dengan naib cancelor upm kat masjid upm..jom la join..

    ReplyDelete