Hari Raya Bersama Tudia! Char Kuey Teaw


Hari Raya Bersama Tudia! Char Kuey Teaw | Hahahaha walaupun hari raya sudah tamat, cerita hari raya patik belum lagi yee. Eh korang, agak-agak hipster ke tidak kalau majlis open house hari raya disajikan dengan menu seperti char kuey teow? Itulah yang berlaku semasa patik dan ramai rakan blogger dijemput untuk menghadiri open house anjuran Hai Blogger!. Menunya memang hispter.

 

Berlokasi di Putra Heights Subang, patik dan semua tetamu telah dijamu dengan kesedapan char kuey teow daripada Tudia! Char Kuey Teow.  Apa yang menariknya char koey teow mereka adalah kerana ketam yang tertenggek diatas char kuey teow nya bersama-sama sebiji telur dadar.


Kalau korang tengok, mesti korang rasa terliur dengan gambar seperti ini. Patik juga dah rasa tidak sabar untuk menikmati keenakkan char kuey teow yang mereka persembahkan.

Untuk pengetahuan semua, selain char kuey teow ketam, mereka juga menyediakan char kuey teow lain seperti char kuey teow telur sotong, udang dan juga yang biasa untuk mereka yang tidak menggemari makanan laut seperti ketam ini.



Tengok laaa bila blogger dapat kerja, masing-masing akan cuba mengambil sudut yang terbaik sebagai persembahan kepada pembaca blog masing-masing. Patik juga tidak ketinggalan untuk turut serta.

Sakura Band 

Sebagai memeriahkan majlis kami pada hari tersebut. Kumpulan Sakura Band telah menjadi artis jemputan kami. Mereka popular dengan lagu yang menjadi OST Drama BIDADARI Slot LESTARI TV3

Lagu yang berjudul Melepaskan Mu telah menaikkan nama mereka dan dikenali oleh orang ramai.



Sebenarnya patik dan geng Projek Travel telah mengenali Kumpulan Sakura Band ini semasa lawatan media ke Taiping Perak. Jadi tiada masalah untuk kami bermesra dengan mereka ini.

Apa yang patik puji mereka adalah sikap mereka yang tidak sombong dan sangat-sangat mesra dengan kami semua. Sikap santai sepanjang lawatan kami menjadikan kami tidak kekok. Bukan sebab mereka meraih apa-apa dari kami tapi patik nampak mereka ni memang jenis yang mudah mesra.



Apa pun, selamat berjaya Kumpulan Sakura Band dan kekalkan sikap yang sangat-sangat mesra dengan semua orang.

Sebelum patik mengakhiri penulisan patik ini, patik ingin mengucapkan terima kasih berbanyak kepada Hai Blogger! kerana sudi menjemput patik dan semua rakan blogger ke majlis open house anjuran mereka. 

Ini patik tinggalkan korang dengan sedikit video sepanjang program berlangsung. Video ini adalah hasil daripada Reezqi Cinematography yang sangat best. Walaupun keadaan yang sedikit hujan, mereka cuba menghasilkan gambar-gambar yang cantik untuk diabadikan didalam blog dan juga sosial media masing-masing. Korang saksikan:



Korang boleh follow @reezqicinematography untuk melihat hasil kerja mereka. Memang terbaik laa boleh patiik katakan.

Bagi korang yang ingin menikmati Tudia! Char Kuey Teaw, korang boleh kealamat berikut:

Warong Bahagia Tudia! Char Kuey Teow
Putra Height, Subang Jaya.
Waze :
 Petron Putra Height (seberang jalan)
Instagram:


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen

  1. wuwuw tengah lapar gini then tengok pulak gambor ketak besor n char kuey tiaw.. nanges bawah meja.

    ReplyDelete