Maduku Kalut Returns Kembali Menggegar Istana Budaya


Maduku Kalut Returns Kembali Menggegar Istana Budaya | Sekali lagi MASK TEAM dengan kerjasama Istana Budaya akan mementaskan sebuah teater bergenre komedi bertajuk Maduku Kalut Returns yang akan memulakan pementasan mereka bermula 7, 8 dan 9 Ogos 2015

Teater ini dipentaskan semula atas permintaan ramai selepas menjadi fenomena hangat 2 tahun lalu di dengan tajuk Maduku Kalut dan kembali dengan Maduku Kalut Returns

Teater ini akan dibarisi oleh nama-nama besar seperti Remy Ishak, Jihan Muse, Nad Zainal, Sherry Alhadad, Dafi dan Atoi Tohet dan pelakon pembantu lain. 

Patik pasti sudah tentu ramai diantara peminat mereka ini akan berebut untuk menyaksikan mereka diatas pentas bertaraf dunia ini. 

Sinopsis Maduku Kalut Returns

Mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.

Memaparkan nilai nilai komersial yang tinggi dan mengupas mengenai isu-isu semasa dengan secara lebih santai dan bersahaja. Biarpun bergenre komedi, diharapkan Maduku Kalut Returns mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.

Harga tiket

Bagi mereka yang ingin menyaksikakn pementasan teater Maduku Kalut Returns, ini  sedikit info harga tiket yang boleh korang dapatkan. Harga tiket bermula pada RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan 155 (tiket platinum) dan boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com atau boleh walk-in ke Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Jom kita sama-sama menyokong industi teater negara dengan menonton persembahan teater Maduku Kalut Returns yang boleh patik anggap sebagai TEATER WAJIB TONTON 2015 !

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen