Koleksi Topi Beanies Pelengkap Gaya Lelaki

Topi Beanies

Koleksi Topi Beanies Pelengkap Gaya Lelaki | Sejak akhir-akhir ini, patik lihat lelaki dan fesyen tidak boleh dipisahkan. Industri fesyen kini pesat membangun dengan munculnya pelbagai koleksi fesyen untuk lelaki. Tidak mustahil lelaki kini bijak bergaya dengan pelbagai jenis fesyen yang bersesuaian dengan keadaan semasa. 

Pelbagai jenis aksesori juga turut tersedia sebagai pelengkap gaya sijejaka. Bila berjalan meronda-ronda ke bandar, patik melihat lelaki terlalu biasa dengan penggunaan topi baseball atau pelbagai jenis topi sebagai aksesori dikepala. Siapa sangka topi beanies telah mula menjadi pilihan bagi kaum lelaki untuk berfesyen. 

Ramai artis-artis luar mahupun dalam negara yang rajin menggunakan topi beanies sebegai pelengkap gaya santai. Jika bijak memilih, gaya korang semua akan kelihatan wowww, hot dan gebum-gebum dimata orang ramai yang melihatnya 

Fesyen Topi Beanies 

Topi Beanies

Bagi jejaka diluar sana, pemilihan topi beanies yang stailo akan menjadikan penampilan korang kelihatan menarik. Jangan terlalu berlebihan dalam berfesyen sehinggakan menyakitkan mata yang memandang dan akhirnya orang akan kata korang sebagai 'fashion disaster'.  

Bagi patik, pilih topi beanies yang bersesuaian dengan citarasa dan penampilan korang semua. Jangan terlalu mengikut seseorang dan akhirnya korang akan dimaki dek penampilan yang terlalu berlebihan. Huhuhu. Itu lebih menyakitkan bukan?


Pemilihan warna juga memainkan peranan didalam penampilan korang. Korang mungkin boleh memilih warna topi beanies yang mudah in dengan apa jenis pakaian yang ada didalam almari topi beanies yang berwarna hitam, kelabu, biru gelap, coklat atau apa juga yang dirasa sesuai. Kira mudah untuk konsep mix and match nanti. 


Terdapat banyak koleksi topi beanies dipasaran yang boleh korang pilih dan ada juga website yang akan memudahkan korang untuk melihat koleksi topi beanies dan sekaligus korang boleh terus membeli secara atas talian dengan depa. 

Lepas ni korang jangan terkejut bila patik pun sudah pandai untuk bertopi beanies dikhalayak ramai yee. Orang kata, sekali sekala untuk bertukar imej tiada salah bukan. Jom berfesyen !!

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen