HOTEL MURAH SEREMBAN | HOTEL VILLA SEREMBAN

HOTEL MURAH SEREMBAN

HOTEL MURAH SEREMBAN | HOTEL VILLA | Bagi seorang traveller macam patik, patik lebih suka untuk menginap di hotel murah atau hotel bajet tetapi keadaan bilik yang boleh dikelaskan sebagai cantik dan selesa.

Kebiasaannya hotel murah atau hotel bajet akan memberikan fasiliti yang boleh patik katakan sedikit teruk dan tidak selesa. 

Untuk entri kali ini, patik ingin memperkenalkan sebuah hotel yang terletak ditengah-tengah bandar Seremban. Hotel Villa Seremban ini menjadi pilihan untuk patik menginap atas sebab patik mempunyai undangan perkahwinan di sebelah Seremban tempoh hari. 

Apabila patik sampai, mata tertacap dengan pemandangan cantik warna bangunan hotel ini. Dengan menggunakan warna dari rona merah jambu menjadikan bangunan hotel ini menyerlah dari sudut pandangan. 

Selesai berurusan dengan pihak kaunter, patik telah diberikan kad akses untuk masuk kebilik. Sedikit teruja dengan kecanggihan hotel ini. Walaupun berkonsep hotel yang mampu milik, kecanggihan masih diterapkan. 

HOTEL MURAH SEREMBAN

Dengan langkah bismillah dan ucapan salam, patik memasuki bilik yang boleh patik katakan sesuai dihuni oleh 2 orang walaupun patik datang hanya seorang sahaja.

HOTEL MURAH SEREMBAN

HOTEL MURAH SEREMBAN

Bilik yang selesa yang lengkap dengan penghawa dingin, televisyen dan juga susunan perabut yang minimalis menjadikan hotel ini sesuai bagi mereka yang inginkan hotel yang berkonsep murah tetapi selesa. 

HOTEL MURAH SEREMBAN

Selain daripada susuanan bilik yang selesa, patik suka melihat susun atur bilik air. Walaupun berkonsepkan hotel murah atau hotel bajet, bilik air yang disediakan memang bersih dan selesa. Dengan pencahayaan dan juga hiasan cermin menjadikan bilik air ini kelihatan seperti mewah. 

HOTEL MURAH SEREMBAN

HOTEL MURAH SEREMBAN

Selain memberikan pirkhidmatan berkonsep hotel murah atau hotel bajet, hotel ini sangat mudah untuk kelokasi-lokasi berhampiran kerana lokasinya sangat strategik iaitu:
  • Berdekatan dengan exit ke Seremban
  • Berdekatan dengan Palm Mall (shopping mall)
  • Berdekatan dengan lokasi makan-makan
  • Mudah untuk ke bandar Seremban
Bagi mereka yang mencari hotel murah atau hotel bajet, patik cadangkan untuk datang menginap di Hotel Villa Seremban dengan harga RM80 semalam dimana korang akan dapat bilik yang sebiji dengan apa yang patik dapat disini. 


Hotel Villa Seremban
172 & 173 Jalan Toman 9, Kemayan Square
70200 Seremban,
Negeri Sembilan

Waze: 
Kemayan Square

Telefon: 
+606-7620755

Terima kasih pihak Hotel Villa Seremban kerana menyediakan lokasi penginapan yang sangat selesa untuk patik. 

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 komen

  1. Kita dok seremban pun baru tau ni

    ReplyDelete
  2. Murah gilerr.. Dah la biliknya pun lawa...

    ReplyDelete
  3. hotel skrg banyak yg murah dan cantik2 kan, tq for sharing!

    ReplyDelete
  4. Hang buat apa sensorang dalam bilik tue?

    ReplyDelete