ORCHARD VILLA GOMBAK LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

ORCHARD VILLA GOMBAK LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN | Patik yakin korang semua inginkan mengabadikan majlis perkahwinan korang semua dilokasi yang korang impikan. Lokasi perkahwinan impian dimana semua orang ingin sesuatu yang bermakna dan unik.

Bila sebut perkahwinan impian, korang mesti terfikir berkenaan bajet untuk katering dan segala tok nenek tu kan? Kalau patik sendiri patik mesti juga memikirkan selain lokasi yang mudah diakses oleh tetamu, pakej yang diberikan oleh katering dan juga makanan yang sesuai untuk tetamu mesti dititikberatkan.

Jadi segala persoalan korang tu terjawab di ORCHARD VILLA GOMBAK

ORCHARD VILLA OMBAK

Memasuki kawasan Orchard Villa Gombak, mata korang akan tertacap dengan pemandangan sungai yang sangat tenang. Sebenarnya patik tidak mengetahui lokasi perkahwinan impian ini bersebalahan dengan sungai yang sangat bersih. Rasa bagai nak terjun kedalam sungai tu jeee.

Untuk pengetahuan semua, pengurusan lokasi perkahwinan impian ini adalah milik penuh Felda D'Saji dimana segala proses pengurusan termasulah penyediaan makanan, ruangan dan segala di Orchard Villa Ombak ini diuruskan oleh pihak Felda D'Saji.

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

PINTU GERBANG MASUK

Tatamu yang hadir akan disambut dengan pintu gerbang masuk yang agak glamor dengan dekorasi kain langsir dan juga manik berjuraian memberi efek mewah didalamnya.

Patik bagaikan terasa berada didalam sebuh hotel yang menonjolkan dekorasi seperti ini. Memang cantik sekali.

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

RUANG MAKAN TETAMU

Penggunaan kerusi jenis chevari memberi impak sedikit vintage di ruang makan tetamu. Sebenarnya patik memang suka dengan konsep seperti ini yang sedikit sebanyak memberi mood mewah didalam konsep perkahwinan idaman patik.

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

Selain ruangan makan utama yang luas, pihak Orchard Villa Gombak turut menyediakan ruangan khemah sebagai penambahan ruang kepada lebihan tetamu. Walaupun dibawah khemah, dekorasi yang diberikan masih mewah bagai berada diruangan utama.

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

PELAMIN

Majlis perkahwinan tidak sah kalau tidak ada pelamin yang indah. Untuk Orchard Villa Gombak, pakej mereka termasuklah dengan dekorasi pelamin yang asas untuk tuan rumah.

Apa yang best tentang pelamin yang ditawarkan disini adalah keluasan yang sangat maksima. Patik suka gile dengan keluasan dan juga dekorasi yang sangat simple tapi nampak mewah. Korang boleh lihat gambar yang patik ambil ini. Memang terbaik untuk mengambil gambar beramai-ramai.

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN


LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

MEJA MAKAN BERADAB

Dekorasi bunga segar yang termasuk didalam pakej adalah daripada pihak pengurusan akan menaikkan mood pengantin dan juga tetamu. Setiap meja juga akan dihias dengan bunga-bunga segar yang patik percaya akan menjadikan moment majlis akan lebih berseri.

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

Meja makan beradab, meja tetamu VIP & juga pelamin yang berdekatan satu sama lain memudahkan pergerakan keluarga dan pengantin sendiri. 

Segala katering penyediaan makanan tetamu sehinggalah makanan VIP dan pengantin adalah daripada tukang masak Felda D'Saji yang patik tidak dapat sangkal keenakan masakan mereka.

KEMUDAHAN LAIN

Apa yang best nya di Orchard Villa Gombak ini adalah kemudahan tambahan yang disediakan kepada tetamu iaitu tandas yang bersih dan cantik serta ruang solat yang selesa. Selain itu, ruangan parking kereta yang sangat luas memberi kemudahan pengunjung untuk meletakkan kenderaan masing-masing.

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

JENIS HIDANGAN : Makanan dan minuman dihidang secara Buffet atau Dome
TAMBAHAN HIDANGAN PENGANTIN : Tambahan tiga hidangan dimeja hi-table (meja pengantin) yang akan ditentukan oleh Chef D'Saji.
MEJA HI-TABLE & HIASAN : Meja utama disediakan untuk tetamu vvip dengan bilangan maksima 10 paz. Hiasan dan gubahan bunga segar turut disediakan.
MEJA KHAS : Penyediaan 4 set meja berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap dengan sarung kerusi,riben kerusi,,alas meja bulat dan overlay serta set crockeries dan kutleri jamuan secukupnya.
3 TINGKAT KEK PERKAHWINAN : "Dummy Cake" perkahwinan disediakan untuk upacara memotong kek perkahwinan bagi menyempurnakan majlis.
SESI FOOD TESTER : Bagi medapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan D'Saji, satu sesi Food Tester atau Food Discussion untuk 10 orang akan dijalankan.
PELAMIN ASAS : Penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D'Saji (Puan Ayu Samsudin ( Ayu Deco ) : 017-633 1005)
STANDARD PA SISTEM : Sistem PA dan Rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD ( Technician : Encik Charlie 014-527 7527)
TEMPAT LETAK KERETA : Disediakan secara percuma
RELA : Unit Keselamatan disediakan untuk memastikan keadaan lalu lintas berjalan dengan lancar.

Pakej yang ditawarkan bagi buffet RM28/pax dan minima pax adalah 500 pax. Bagi Dome pula RM45/pax dan minima adalah 400 pax .

Pakej yang ditawarkan daiatas adalah termasuklah LOKASI (beserta kerusi meja), PELAMIN ASAS (seperti didalam gambar), DEKORASI RUANG MAKAN, PA SISTEM STANDARD, MAKANAN TETAMU, MAKANAN MAKAN BERADAB.

Memang sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. 

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN 

Bagi korang yang ingin mengadakan majlis perkahwinan ke, majlis cukur jambul ke, majlis hari jadi ke atau apa jua majlis, korang boleh Orchard Villa Gombak.

Orchard Villa
Batu 10 1/4 , Sungai Salak,
53100 Gombak,
Selangor Darul Ehsan.

Tempahan:
Nor Syaiful Nazlan Norsham: 013-386 0453 
Hanim Arianie Zain: 017-394 7567 
Zaini Emilia Binti Zainol Abidin: 017- 419 9948 
Jabatan Jualan: 03-2698 8302
 
Waze: Orchard Villa Gombak

LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Orchard Villa Gombak dan pihak pengurusan Felda D'Saji diatas jemputan untuk sesi pengenalan ini.

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen

  1. Cantik tempat ni. Majlis Pojie nanti kat sini eh?

    ReplyDelete