RESTORAN YONG SUAN NASI GANJA

Tuesday, September 22, 2015


Nasi Ganja Ipoh Perak

RESTORAN YONG SUAN NASI GANJA | Tergamam dek kerana terlalu ramai manusia kesini untuk merasai nasi ganja yang popular di Ipoh Perak, Restoran Yong Suan menjadi lokasi makan tengahari patik, rakan blogger dan juga team Honda Malaysia bersempena lawatan ke Juru AutoCity Pulau Pinang. 

Jangan terkejut walaupun namanya sedikit kearah bukan muslim, nasi ganja yang dijual kepada orang ramai adalah  buatan India Muslim. Patik pasti rata-rata orang yang tinggal di Ipoh Perak mesti tau dengan lokasi restoran ini. 

Nasi Ganja Ipoh Perak

Nasi Ganja Ipoh Perak

Korang boleh tengok pengunjung yang datang adalah dari pelbagai kaum. Ade melayu, cina dan juga india. Memang sangat padat dan sendat keadaan disini.

Nasi Ganja Ipoh Perak

NASI GANJA

Apa sebenarnya nasi ganja ni? Sebenarnya nasi ganja ni serupa je dengan nasik kandaq atau nasi kandar bagi orang utara. 

Lauk utama disini adalah ayam goreng, dan telur masin, disiram pulak dengan kuah kari ikan dan bendi. Lepas tu ada sambal kelapa yang special. So korang bayangkan lah sendiri macamana rasa dia. Patik tak boleh laaa nak pos rasa nasi ganja ni kat sini, setakat pos gambar boleh le.

Ini laaa menu nasi ganja yang telah kami semua nikmati. 

Nasi Ganja Ipoh Perak


Nasi Ganja Ipoh Perak

Korang boleh tengok keadaan di restoran ini. Bagi mereka yang ingin membungkus, korang kena beratur tau. Silap-silap korang akan mengambil masa sehingga 3, 4 jam atau dengan kata lain beratur sehingga 3 atau 4 lot kedai panjangnya. 

Bagi mereka yang ingin merasai nasi ganja yang restoran ini tiada cawangannya, sila lah berkunjung ke:

Restoran Yong Suan (Nasi Ganja)
Jalan Yang Kalsom
30250 Ipoh
Perak.

Nasi Ganja Ipoh Perak

Terima kasih kepada team Honda Malaysia yang memperkenalkan restoran ini dan Restoran Yong Suan kerana menghidangkan menu nasi ganja yang sangat unik yang hanya ada disebelah utara ini.

You Might Also Like

6 komen

  1. Apa lah agak Nya bahan rahsia Nasi ganja ini heh

    ReplyDelete
  2. Perut berkeroncong, alahaiiiiiiiiiiiiiii sedapnya, tahun lepas melancong ke tambun resort, lalu time tu kedia ni tutup kena pi balik lah

    ReplyDelete
  3. eh saperrrr bag pink tuuuuuuuuuuu..kim salam tau hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. Terubat merajuk nak perkena Nasi Ganja pada minggu sebelumnya

    ReplyDelete