SALAHKAN HONDA CITY SEBAB JATUH CINTA

Thursday, September 24, 2015

HONDA CITY

SALAHKAN HONDA CITY SEBAB JATUH CINTA | Tudiah tajuk bikin gempak laaaa oi. Sebenarnya bukan ape pun. Peluang merasai sendiri pemanduan kereta hebat Honda City telah patik rasai tempoh hari adalah sebuah pengalaman yang sangat patik akan ingat sampai bila-bila. 

Bertempat di Rail Canteen Damansara, patik dan rakan blogger yang terpilih oleh pihak Honda Malaysia telah berkumpul dan diberi sedikit penerangan untuk semua aktiviti sepanjang 2 hari 1 malam oleh pihak Honda Malaysia

Peluang merasai memandu kereta hebat daripada Honda Malaysia ini tidak akan patik tolak. 

SESI PERKENALAN HONDA CITY 

Sebelum memulakan pemanduan, sesi perkenalan Honda City telah diberikan kepada kami. Untuk pengetahuan semua Honda City kini tampil lebih premium, pemanduan yang mengujakan, keselesaan dan ruang kabin yang luas beserta ciri-ciri keselamatan yang sangat maximum. 

Honda City generasi terbaru ini telah tampil dengan kuasa injin 1.5L SOHC i-VTEC dengan sedikit penambahbaikkan dengan CVT (Continuous Variable Transmission) demi penjimatan bahan api sempurna kepada pengguna.

Sebagai tambahan, mode ECON menjadi standard pada versi City serba baru bagi peningkatan bahan api kenderaan dengan hanya perlu menekan butang tersebut. 

HONDA CITY

Apa yang patik boleh katakan Honda City serba baru menawarkan ruangan penyimpanan besar didalam kelasnya dimana sebesar 536 L. Korang boleh tengok patik siap boleh berlunjur didalamnya. Sangat-sangat selesa. 

HONDA CITY

Ciri keselamatan yang ditawarkan oleh Honda City juga adalah yang terbaik seperti memilik 6 beg udara (2 beg udara hadapan, beg udara i-side dan beg udara curtain sisi). Pendek kata memang memenuhi kriteria kenderaan selamat untuk pengguna.

Selain kisah dalaman Honda City yang didaparkan, patik sangat suka dengan feature terbaru dimana City serba baru ini memiliki beberapa kelebihan:

  • Smart Entry - Dimana korang tidak perlu menekan remote control lock-off pada kenderaan, tetapi sensor yang dipasang pada kenderaan akan mengecam kehadiran pemilik kenderaan lalu membukanya secara pintar.
  • Push Start Button - Butang MERAH dimana korang tidak perlu untuk mencucuk kunci untuk menghidupkan enjin. Kehadiran remote control pintar membuatkan sensor diaktifkan lalu kenderaan boleh dihidupkan.
  • Penyaman udara tambahan - Dibahagian belakang kenderaan ini disediakan penyaman udara tambahan dimana orang belakang akan lebih selesa dan tidak lagi perlu menunggu kenderaan sejuk secara keseluruhan. 
  • USB port - 2 USB port disediakan dibahagian hadapan yang sangat mesra kepada pengguna gadget dan 3 power soket dibahagian penghawa dingin dibahagian penumpang belakang. 

HONDA CITY

UJI PANDU HONDA CITY KE JURU AUTOCITY PULAU PINANG

Sebanyak 3 buah Honda City telah diberikan sebagai kenderaan uji pandu kepada 9 orang blogger dimana setiap sebuah kereta diletakkan 3 orang blogger menghala ke Juru AutoCity Pulau Pinang. Agak teruja dan sangat bersemangat untuk merasai kederaan hebat daripada Honda Malaysia ini. 

HONDA CITY

HONDA CITY

Patik bersama-sama rakan blogger Sizzlling Suzai & Pinky Momma telah ditempatkan didalam sebuah kereta Honda City ini. 

Ini adalah pertama kali pertemua patik dengan 2 blogger ini. Memang masing-masing kepala masuk air. Kira patik sangat-sangat boleh masuk dengan depa berdua ni. Hahahah

HONDA CITY

Sesi perlepasan telah dilakukan oleh Pengurus Besar Pemasaran Honda Malaysia yang sangat tidak sabar untuk sama-sama travel ke Juru dengan memandu Honda City ini. 

HONDA CITY

Berkonsepkan konvoi, kereta patik adalah kereta bernombor 1. Jom memandu Honda City !!!

JURU AUTOCITY, PULAU PINANG

Selepas perjalanan lebih kurang sejam daripada Ipoh tadi, akhirnya kami sampai di Juru AutoCity Pulau Pinang iaitu lokasi utama Karnival Honda Family Road Trip yang patik maksudkan. 

Tujuan utama kami disini adalah sebagai memeriahkan majlis yang Honda Malaysia lakukan untuk program 2 hari disini sekaligus menujukkan warna baru kereta Honda City iaitu warna DARK RUBY RED PEARL *warna merah hati yang elegan bagi patik..huhuhuhu*

Apa yang bestnya, kami semua bagaikan VVIP apabila kehadiran kami bagaikan ditunggu-tunggu oleh orang ramai. *ke patik sorang jee yang perasan*

HONDA CITY

Selain warna terbaru DARK RUBY RED PEARL ini, Honda serba baru boleh didapati dengan 4 warna lain iaitu Modern Steel Matellic, Perak (Alabaster Silver Metallic), Putih (Taffeta White), Hitam (Crystal Black Pearl) dan Biru (Brilliant Sporty Blue Metallic).

Tidak sangka apabila pihak Honda Malaysia telah membuat kejutan kepada kami dimana kami telah dipilih untuk memandu uji kenderaan bersama artis yang terpilih. Antara artis yang dipilih adalah I'm Neeta, Amir Jahari dan juga Awi Rafail.

HONDA CITY

Patik dan rakan blogger Hafiz Rahim telah dipilih untuk memandu uji kenderaan bersama I'm Neeta. Artis kecil molek berasal daripada utara ini sangat ramah dan menjadikan kami selesa sepanjang pemanduan.

HONDA CITY

HONDA CITY

Blogger Hafiz Rahim menjadi pemandu kami untuk sesi uji pandu kenderaan. Yang best kami telah mencuba merasai HR-V dimana keunikkan terletak pada hand breaknya. Hanya butang kecik seperti butang turun-naik tingkap kenderaan biasa menjadi hand break bagi HR-V ini. 

HONDA CITY

Akhir kata, patik mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Honda Malaysia kerana telah menyenaraipendek nama blog patik, www.duniapatik.com untuk menjadi sebagaian daripada blogger bertuah yang turut sama didalam program Honda Family Road Trip untuk edisi kali ini. 

Semoga hubungan kita akan berterusan dimasa-masa hadapan. 

Untuk maklumat lanjut bagi Honda City ini, korang boleh mendapat info di:

Website:

Talian bebas tol:
1-800-88-2020


You Might Also Like

4 komen

  1. satu kepala yang bestttttt...gelak jer dengan korang ni..thanks juga pada honda yang sudi jemput kami untuk merasai pengalaman memandu honda city yg penuh dengan kenangan manissss

    ReplyDelete
  2. Honda city merah.. i love you. Hahhaa

    ReplyDelete
  3. Tudia abam poji dah jatuh cinta~ hahahaa..

    ReplyDelete
  4. Iamneeta tue..... Tiba-tiba muka Hafiz Rahim ada nur

    ReplyDelete