BELAJAR MUZIK DI AKADEMI MUZIK AIZEL


BELAJAR MUZIK DI AKADEMI MUZIK AIZEL | Anda berminat untuk belajar muzik? Mencari lokasi belajar muzik dengan harga yang sangat berpatutan?  Akademi Muzik Aizel adalah jawapan nya.


Untuk pengetahuan semua, Akademi Muzik Aizel adalah sebuah akademi muzik milik penuh orang melayu bumiputra dan pemiliknya, Puan Ell Zain Hyder juga adalah cikgu yang mengajar muzik & tarian ballet disini. Walaupun nama pemiliknya seperti seorang yang datang dari tanah arab, tetapi beliau adalah berbangsa Melayu. 

Akademi Muzik Aizel ini baru sahaja beroperasi pada bulan Mac 2015 lalu dan mereka begitu komited untuk memberi ilmu kepada bangsa Melayu yang bagi patik tidak begitu memandang ilmu muzik untuk digu

Tempoh hari patik sempat menyinggah sambil melihat-lihat keadaan di akademi muzik ini. Maklumlah dan tua-tua ni laaa baru teringin nak mendekatkan diri dengan alatan muzik. Patik ingat last masa belajar muzik adalah masa sekolah rendah dengan menggunakan rekoder kejung tu haa. Hahahah.

Pelbagai jenis alat muzik yang anda semua pelajari disini termasuklah piano, gitar, biola, ukulele, accordion, keyboard dan pelbagai jenis alatan moden termasuklah alatan tradisional lain seperti Er-Hu (alat muzik tradisi Cina)



Patik pun acah-acah mencuba bermain piano. 
 Er-Hu
 Cikgu Endang sedang memperdengarkan gesekan Er-Hu kepada kami.


Selain kelas muzik. Akademi Muzik Aizel terut membuka kelas tarian ballet dan juga kelas zumba dan ianya terbuka kepada semua jantina dan peringkat usia. 


Tarian ballet yang sinonim dengan kaum wanita telah mengubah persepsi patik bahawa tarian ini memang untuk wanita. Di Akademi Muzik Aizel, mereka membuka kelas kepada semua jantina seawal umur  4 tahun dan terbuka kepada lelaki dan wanita. 


Patik dan juga rakan blogger lain cuba untuk turut serta dalam membuat beberapa aksi tarian ballet. Yeszaaa ianya bukan mudah dan memerlukan kelembutan tulang belulang.

Bak kata cikgunya, kena banyak praktis supaya kita boleh masuk dengan pergerakan yang ada didalam tarian ballet.


Bagi korang semua yang sedang mencari lokasi akademi muzik yang lengkap, Akademi Muzik Aizel adalah jawapannya. Selain dengan pelbagai jenis promosi yang diadakan, harga yang ditawarkan juga sangat berbeza dengan akademi lain. 

Kunjungi atau hubungi terus dengan pemilik akademi ini:

Aizel Music Academy
16-1 (1st Floor) Ukay Boulevard
MRR2 Hulu Klang
68000 Ampang Selangor.
(Opposite Zoo Negara)

Telefon:
03-4162 4221
012-315 7090 ( Pn. Endang )
017-321 3360 ( Shahidan )

Facebook: 


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen