CARA UNTUK UPDATE PERTUKARAN NOMBOR TELEFON BAGI CIMBCLICKS

Thursday, October 22, 2015


CARA UNTUK UPDATE PERTUKARAN NOMBOR TELEFON BAGI CIMBCLICK | Patik yakin ramai antara kita menggunakan medium urusniaga secara online untuk menyelesaikan sebarang pembayaran. 

Bagi patik secara peribadi banyak menggunakan perbankkan secara online untuk membuat pembayatran kereta, insurans dan sebagainya. Kiranya dengan perbankkan online ni kita boleh kemaskini akaun kita hanya dengan mengadap komputer kita. 

Terbaru patik mengalami masalah untuk mendapatkan nombor TAC bagi urusniaga dengan sistem CIMB Clicks. Nombor telefon yang telah patik daftarkan pada mulanya telah tamat tempoh dan tidak dapat diselamatkan lagi. Jadi nombor TAC tidak dapat diterima pada nombor tersebut. 

Agak merunsingkan patik bila semua ini berlaku. Mujur ada bantuan rakan terdekat dan dengan sedikit bacaan melalui blog akhirnya patik dapat menyelesaikan masalah patik ini dan rupanya ianya adalah sangat mudah.

Ini patik kongsikan cara untuk update pertukaran nombor telefon bagi CIMB Clicks. Caranya adalah seperti berikut:
  1. Masukkan kad ATM.
  2. Masukkan nombor pinseperti biasa.
  3. Pilih menu LAIN-LAIN.
  4. Pilih menu CIMBClicks.
  5. Masukkan nombor telefon baru anda.
  6. Urusan selesai & tunggu sehingga sistem dikemaskini. 
Mudah bukan?

Apa pentingnya TAC nombor dengan perbankkan online ni?

TAC atau singkatan kepada Transaction Authorisation Code adalah bertujuan untuk menjaga sekuriti pengguna itu sendiri. 

Apabila kita nak melakukan sesuatu transaksi online, TAC akan diminta untuk meneruskan transaksi sehingga berjaya. Selagi korang tidak dapat nombor TAC ni, transaksi korang dianggap tidak berjaya. 

Selamat mencuba !!!



You Might Also Like

2 komen

  1. Salam... nak tanya berapa lama masa yg diambil utk sitem kemaskini no baru ye?

    ReplyDelete
  2. Salam... biasa berapa lama masa yg diambil utk sistem kemaskini tu ye? Adakah berhari2? Seminggu? Atau kejap je... ?

    ReplyDelete