RESORT WORLD GENTING | BEHIND THE SCENES TOUR

BEHIND THE SCENES TOUR

RESORT WORLD GENTING | BEHIND THE SCENES TOUR | Taman tema Genting Highlands dengan tema 'Kota Keriangan' tampil dengan aktiviti terbaru yang sangat berlainan iaitu Behind The Scenes Tour dimana korang akan diberi peluang untuk melalui pengalaman disebalik tabir kota keriangan ini.

Aktiviti ini meliputi termasuklah melalui pengalaman di First World Hotel Laundry, See, Do & Eat Interactive Workshop dan melihat sendiri cara pengendalian di dewan Genting International Showroom.

3 aktiviti akan korang lalui hanya dengan RM28 (harga biasa) dan RM25 (pemegang kad Genting).

Jom bersama patik berkongsi melalui pengalaman untuk Behind The Scenes Tour Genting Highlands ini. 

First World Hotel Laundry

Siapa sangka First World Hotel yang khabarnya hotel yang terbesar didunia ini mempunyai pusat cucian mereka sendiri. 

Bila patik masuk dikawasan cucian ini memang sedikit terpegun. Mana tidaknya, segala sarung bantal, cadar katil dan juga selimut yang telah digunakan oleh tetamu di hotel ini dibasuh dan dikeringkan secara automatik. 

BEHIND THE SCENES TOUR

Cadar, sarung bantal dan selimut yang diterima daipada blok hotel menggunakan sistem vakum untuk menarik keluar kain-kain ini kekawasan pengumpulan ini. 

BEHIND THE SCENES TOUR

Segala cadar, selimut dan juga sarung bantal ini akan diasing-asingkan mengikut jenis dan kemudaian disatukan didalam troli ini. 

BEHIND THE SCENES TOUR

Setelah selesai, segala kotoran akan dinaikkan untuk dimasukkan kedalam bakul-bakul kecil yang tergantung sebelum ke mesin membasuh.

BEHIND THE SCENES TOUR

Segala bahan kotoran yang dimasukkan kedalam bakul bergantungan ini sedia untuk dimasukkan kedalam mesin basuh yang sangat besar. 

BEHIND THE SCENES TOUR

BEHIND THE SCENES TOUR

Kemudian basuhan dimasukkan kedalam mesin pengering bagi tujuan pengeringan. Segalanya dipantau secara automatik. 

BEHIND THE SCENES TOUR

BEHIND THE SCENES TOUR

BEHIND THE SCENES TOUR

BEHIND THE SCENES TOUR

BEHIND THE SCENES TOUR

BEHIND THE SCENES TOUR

BEHIND THE SCENES TOUR

Selesai tujuan pengeringan, basuhan tadi akan melalui langkah terakhir iaitu bahagian seterika. Hanya disini tenaga manusia digunakan untuk langkah terakhir ini. Tidak terucap dengan kata-kata bila dapat melihat sendiri kaedah pencucian disini, Memang hebat !!

BEHIND THE SCENES TOUR

Akhir sekali, basuhan disusun sebelum dihantar semula ke hotel untuk tujuan penggunaan semula. Memang hebat bukan?

See, Do & Eat Interactive Workshop

Selesai aktiviti di bahagian cucian, korang akan dibawa ke aktiviti See, Do & Eat Interactive Workshop dimana korang boleh mencuba untuk melakukan sendiri mendekorasi makanan seperti donat dan sushi.

BEHIND THE SCENES TOUR

BEHIND THE SCENES TOUR
 Dekorasi donut gergasi

BEHIND THE SCENES TOUR

BEHIND THE SCENES TOUR
 Dekorasi sushi

Aktiviti mendekorasi ini memang sangat seronok. Korang akan diberikan perkakas dan kemudian korang buatlah apa yang korang inginkan kerana diakhirnya hasil dekorasi ini akan korang makan sendiri. 

Tiada istilah memang kalah kerana ini adalah aktiviti menguji kreativiti masing-masing. 

Genting International Showroom

Diakhir aktiviti Behind The Scenes Tour ini, korang akan dibawa masuk kedalam dewan persembahan utama selain Arena of Star Genting Highlands untuk melihat sendiri kepakaran jurutera lampu dan bunyi melakukan kerja mereka sekiranya terdapat persembahan disini. 

BEHIND THE SCENES TOUR

BEHIND THE SCENES TOUR

BEHIND THE SCENES TOUR

BEHIND THE SCENES TOUR

Memang sangat kagum kejap dengan kemudahan disini. 

Selesai sudah perkongsian patik untuk entri kali ini. Sekiranya korang ingin merasi pengalaman ini, korang boleh terus kesana atau pun gunakan maklumat yang patik sediakan dibawah ini.

Tempahan secara online:

Tempahan secara email:

Tempat berkumpul:
First World Indoor Theme Park Wristband Tagging Counter or
Registration counter at Vision City Video Games Park (next to post office)

Tarikh lawatan:
November : 1,7,8,14,15,21,22,27,28,29 
December : 4,5,6,11,12,13,18,19,20,25,26,27

BEHIND THE SCENES TOUR

Terima kasih kepada pihak Resort World Genting atas kesudian untuk menjemput patik dan rakan blogger naik ke Genting Highlands yang sejuk untuk merasai pengalaman disana. 

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen

  1. amir dah mcm bersanding plak... tp mana pengantin pompuannya??? hehe

    ReplyDelete