SESI MAKAN SANTAI BERSAMA PEGAWAI FAKULTI DI PICC PUTRAJAYA


SESI MAKAN SANTAI BERSAMA PEGAWAI FAKULTI DI PICC PUTRAJAYA | Tempoh hari patik bersama rakan pegawai telah mengadakan majlis makan-makan santai sebagai meraikan kawan kami yang akan menyambung pengajian ke luar negara.

Lokasi yang kami sama-sama setuju adalah di Cafe PICC yang terletak didalam bangunan PICC Putrajaya



Disebabkan hari Khamis, patik pun menggayakan pakaian batik yang patik beli semasa berkunjung ke Bandung tempoh hari. Memang sangat cantik terletak jatuh dibadan. 

Betul orang kata, batik di Indonesia memang cantik-cantik dan kita kenalah pilih supaya tidak kelihatan seperti orang Indonesia sendiri. Bagi patik, mereka sangat berbangga dengan pemakaian batik didalam kegiatan mereka seharian. 

Jom kita lihat apa makanan yang disediakan secara buffet di PICC Putrajaya. 







Naaahhh hanya RM25 sekepala di PICC Putrajaya korang boleh menikmati seleksi makanan yang sangat banyak yang disediakan disini. 

Patik sangat suka lauk-lauk yang disediakan disini. Kiranya kalau patik datang sini, patik lebih suka makan lauk saja. 


Sebelum bersurai ape lagi sesi bergambar laaa kononnye. Patik ingatkan patik jeee yang suka ambil gambar ni haa. Sekali depa ni pon sama naik kepala gak haaaa.



Bagi korang yang ingin merasai makanan yang sangat banyak berkonsepkan buffet di PICC Putrajaya, korang boleh terus walk-in ke cafe PICC Putrajaya. 

Patik pasti korang akan berpuas hati dengan makanan dan tempat yang sangat kondusif untuk semua pengunjung. 


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen