Posts

Showing posts from February 19, 2015

FAIQA | Sup Merah Terbaik Di Shah Alam

Image
FAIQA | Sup Merah Terbaik Di Shah Alam | Untuk edisi makan-makan abam kaw kali ini, abam ingin membawa pembaca semua kesebuah lokasi makanan yang unik iaitu di   FAIQA SUP MERAH DAN BUBUR. Apakah yang terbaik disini? Teruskan untuk membaca entri ini. Berkata didalam hati abam kaw pada mulanya bagaimana rasa dan rupa sup merah yang akan dihidangkan. Adakah ianya pedas? Bagaimana pula bubur yang dihidangkan nanti? Semua itu menjadi teka teki bagi abam kaw. Berlokasi di Food Court Anjung 7, Seksyen 7 Shah Alam dan bersebelahan dengan UNISEL , lot kedai FAIQA SUP MERAH DAN BUBUR tersergam kemas didalam bangunan Food Court Anjung 7 tersebut. Menarik Faiqa Sup Merah & Bubur Yang menariknya bagi Faiqa Sup Merah & Bubur adalah terletak pada sup merah yang mereka hidangkan. Bagi mereka yang pernah melawat ke kota Singapura, abam kaww pasti korang semua pernah merasai sup merah disana. Tetapi menu sup merah yang mereka hasilkan mempunyai sedikit kelain