Posts

Showing posts from April 24, 2015

LASER WARZONE | Permainan Laser Terbaru

Image
LASER WARZONE | Permainan Laser Terbaru | Laser Warzone yang berlokasi di Wangsa Walk, Wangsa Maju Kuala Lumpur menjadi lokasi kunjungan patik & rakan blogger lain sempena jemputan blogger NADIAFARAHIDA untuk memeriahkan program santai-santai yang beliau adakan.  Untuk pengetahuan semua Laser Warzone ini khabarnya permainan digital terbaru di Wangsa Walk Wangsa Maju ini dan menjadi tumpuan pengunjung untuk lepak-lepak bersama keluarga atau pun rakan taulan.  Istimewa Laser Warzone Keisitimewaan Laser Warzone ini adalah kerana permaianan ini mengabungkan elemen digital & laser yang boleh patik kategorikan sebagai permainan yang selamat dan juga sangat selesa. Berlokasi didalam sebuah premis membeli belah yang dilengkapi dengan pendingin hawa menjadikan permainan ini lebih selesa. Teknik permainan dia lebih kurang paint ball tetapi ianya tidak menyakitkan dan mungkin menyakitkan hati apabila anda semua berjaya ditembak oleh musuh yang datang.