Posts

Showing posts from May 31, 2015

Pembentangan Tahun Akhir

Image
Pembentangan Pelajar Tahun Akhir | Hari ini hari patik sedikit tersusun dimana pagi tadi selepas patik menghadapi sesi temuduga untuk jawatan Pegawai Sains Hospital Pengajaran UPM , patik bergegas pulang ke fakulti untuk memberi sokongan kepada pelajar-pelajar tahun akhir bawah jabatan patik. Untuk pengetahuan semua, pelajar dibawah jabatan patik ini akan menjalani ssmester selama 4 tahun dan pada semester akhir, meraka akan membuat projek akhir dan inilah masanya mereka akan membuat pembentangan tahun akhir dan menegakkan kebenaran dengan projek yang telah mereka lakukan sepanjang lebih kurang 1 semester.  Patik & rakan sekerja adalah antara orang yang bertanggungjawab melihat keperluan yang diperlukan oleh pelajar-pelajar dimana mereka ini adalah pelanggan kami di sini.  Apa pun selamat maju jaya kepada semua pelajar tahun akhir jabatan patik & sehingga jumpa lagi. p/s: Semoga mereka ingat dengan segala kesusahan kami bersama mereka.