Posts

Showing posts from June 2, 2015

Akar Kita Zapin 2015

Image
Akar Kita Zapin 2015 |   Tarian zapin dan budaya memang tidak dapat dipisahkan. Begitu kuat semangat bagi seorang pencinta budaya iaitu Noraniza Idris yang begitu gigih memartabatkan budaya melayu di persada dunia. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Tatih Seni Malaysia , Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd serta mendapat kerjasama dan tajaan penuh dari Seputra Persiaran Ekspress – SPE selaku bas rasmi , Mingguan Malaysia selaku media rasmi, radio internet rasmi acara ini Koopstar.FM serta konvoi merdeka bersama media dan artis dibawakan bersama oleh Perdana Group 1 Malaysia dan Brotherhood Bikers Club. Patik dan beberapa rakan blogger serta media dari Kuala Lumpur dengan gigihnya mengharungi jalan jem yang amat dahsyat disebabkan cuti umum sempena hari pekerja dan akhirnya berkesempatan untuk turut serta didalam program jelajah ini yang dibuat dilokasi pertama mereka di AEON Mall Taiping.  Akar Kita Zapin