Posts

Showing posts from June 16, 2015

MYRYL | Bengkel "Warna dan Kerjaya"

Image
MYRYL | Bengkel "Warna dan Kerjaya" | Siapa sangka WARNA  boleh memainkan peranan didalam kehidupan kita termasuklah pemilihan kerjaya. Wowwww . Agak terkejut tetapi ini yang patik alami apabila patik diundang oleh blogger   Ben Ashaari dan geng #kelabbloggerbenashaari ke program yang sangat bermanfaat iaitu bengel "Warna dan Kerjaya" berlokasi di Hotel Bangi-Putrajaya Bandar Baru Bangi . Bengkel ini yang dibawakan oleh MYRYL atau nama panjangnya adalah Master Yourself Revamp Your Life membawakan seorang penceramah dan juga pemilik Puan Shuhada Alauddin.  MYRYL adalah sebuah syarikat yang menyediakan kursus yang mungkin boleh membantu korang untuk melakukan perubahan kerjaya atau membantu untuk mencari kerjaya tambahan dengan menggunakan kuasa  WARNA .  Apa yang boleh patik katakan, bengkel yang sangat-sangat berfaedah ini akan membawa semua peserta untuk mendalami diri masing-masing dengan menggunakan kaedah WARNA .