Posts

Showing posts from September 1, 2015

Kurta Lelaki Moden ByFauziAryaan di Utusan Malaysia

Image
Kurta Lelaki Moden ByFauziAryaan di Utusan Malaysia | Alhamdulillah usaha patik untuk menjadikan label patik dikenali oleh orang ramai akhirnya dipermudahkan bila pihak Utusan Malaysia sudi untuk memanggil patik bagi mengisi ruangan akhbar mereka. Sebenarnya peluang untuk muncul ini telah dibantu banyak oleh rakan-rakan yang sangat menyokong denganminat dan impian patik ni haaa. Kurta Lelaki Moden Untuk pengetahuna semua, patik muncul dengan label sendiri atas nama ByFauziAryaan ini adalah disebabkan impian untuk mempunyai label sendiri. Impian untuk menghasilkan kurta lelaki moden yang sesuai digunakan pada bila-bila masa dan dimana juga berada.  Patik tidak mahu bila sebut kurta sahaja, ianya hanya sesuai untuk majlis-majlis berbentuk kerohanian sahaja. Patik inigin jadikan koleksi patik ini adalah pakaian yang sesuai untuk semua. Pemilihan material dan rekaan idea itu adalah cetusan ilham patik dan juga rakan kongsi patik iaitu adik patik sen