Posts

Showing posts from September 17, 2015

PENGALAMAN BERCUTI DI PHILEA RESORT & SPA MELAKA YANG BERKONSEPKAN ALAM SEMULAJADI

Image
PENGALAMAN BERCUTI DI PHILEA RESORT & SPA MELAKA YANG BERKONSEPKAN ALAM SEMULAJADI | Kebiasaan hotel atau pun resort akan memilih kawasan yang berhampiran lokasi tarikan perlancongan, tepi pantai atau pun tepi sungai sebagai lokasi hotel atau pun resort. Berlainan pula dengan Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka yang betul-betul bina bersebelahan exit tol Ayer Keroh. Batu tanda Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka ini akan menyambut ketibaan korang selepas korang melepasi exit daripada tol Ayer Keroh, Melaka. Patik secara jujur memang tidak menyangka resort berkonsep semulajadi ini muncul dikawasan lebuhraya. Dalam hati macam-macam patik fikir bagaimana keadaan resort tersebut. Teruskan bersama patik untuk berkongsi cerita. Memasuki ruangan lobi, patik sangat tergamam kerana boleh dikatakan bangunan disini dibina dengan menggunakan batang-batang kayu yang disambung menjadi sesiku untuk atap dan juga dinding tempat menginap. Itu yang menambah p