Posts

Showing posts from September 22, 2015

MENARA JAM BESAR IPOH PUNYA KISAH TERSENDIRI

Image
MENARA JAM BESAR IPOH PUNYA KISAH TERSENDIRI |   Selepas selesai menikmati makan tengahari di   Restoran Yong Suan Nasi Ganja , kami rakan blogger & team Honda Malaysia telah   dibawa ke   Masjid Negeri Perak   yang terletak bersebelahan dengan  Menara Jam Besar, Ipoh  untuk menunaikan solat jamak disana.  MENARA JAM BESAR IPOH Menara jam empat penjuru yang siap sepenuhnya pada 1909 ini dibina oleh British bagi memperingati Residen pertamanya di Perak, J.W.W Birch yang mati dibunuh oleh Dato’ Maharaja Lela. Lukisan manusia yang menghiasi dinding menara ini merupakan 44 tokoh utama dalam sejarah dunia. Menara ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Masjid Negeri Ipoh , berbentuk empat segi dengan empat panel yang menggambarkan pertumbuhan tamadun dibahagian atasnya.  Kalau korang perhatikan pada lukisan pada dinding jam tersebut, khabarnya ada kisah yang tercatat diatasnya dalam bentuk lukisan lama.  Jika diamati, ilustrasi salah seorang daripada tokoh

RESTORAN YONG SUAN NASI GANJA

Image
RESTORAN YONG SUAN NASI GANJA | Tergamam dek kerana terlalu ramai manusia kesini untuk merasai nasi ganja yang popular di Ipoh Perak, Restoran Yong Suan menjadi lokasi makan tengahari patik, rakan blogger dan juga team Honda Malaysia bersempena lawatan ke Juru AutoCity Pulau Pinang.  Jangan terkejut walaupun namanya sedikit kearah bukan muslim, nasi ganja yang dijual kepada orang ramai adalah  buatan India Muslim. Patik pasti rata-rata orang yang tinggal di Ipoh Perak mesti tau dengan lokasi restoran ini.  Korang boleh tengok pengunjung yang datang adalah dari pelbagai kaum. Ade melayu, cina dan juga india. Memang sangat padat dan sendat keadaan disini. NASI GANJA Apa sebenarnya nasi ganja ni? Sebenarnya nasi ganja ni serupa je dengan nasik kandaq atau nasi kandar bagi orang utara.  Lauk utama disini adalah ayam goreng, dan telur masin, disiram pulak dengan kuah kari ikan dan bendi. Lepas tu ada sambal kelapa yang special. So korang bayangkan lah sendir