Posts

Showing posts from September 30, 2015

"THE STORY" MENAMPILKAN 3 INDIVIDU HEBAT MALAYSIA

Image
"THE STORY" MENAMPILKAN 3 INDIVIDU HEBAT MALAYSIA | Bersempena dengan cuti umum Hari Malaysia , 16 September 2016 tempoh hari, patik telah dijemput untuk menghadiri majlis yang boleh patik kelaskan sebagai sebuah program yang sangat hebat dinamakan "THE STORY" bertempat di Dewan Censelor, Universiti Multimedia, Cyberjaya.  THE STORY ini merupakan program yang dianjurkan oleh Generasi Bersatu Malaysia (GBM) , yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan juga perjalanan hidup 3 individu Malaysia ini bersama tetamu yang hadir.  THE STORY Kenapa patik menaruhkan percutian patik demi program THE STORY ini? Ini kerana program yang patik luangkan ini menampilan 3 orang individu yang sangat hebat di Malaysia. Mereka adalah Dato' Siti Nurhaliza Taruddin (penyanyi no. 1 Malaysia), Datuk Kamaruddin Maranun (Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X & Pengasas Tune Group) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia ke-4). Haaa nampak ke tida