Posts

Showing posts from October 22, 2015

CARA UNTUK UPDATE PERTUKARAN NOMBOR TELEFON BAGI CIMBCLICKS

Image
CARA UNTUK UPDATE PERTUKARAN NOMBOR TELEFON BAGI CIMBCLICK | Patik yakin ramai antara kita menggunakan medium urusniaga secara online untuk menyelesaikan sebarang pembayaran.  Bagi patik secara peribadi banyak menggunakan perbankkan secara online untuk membuat pembayatran kereta, insurans dan sebagainya. Kiranya dengan perbankkan online ni kita boleh kemaskini akaun kita hanya dengan mengadap komputer kita.  Terbaru patik mengalami masalah untuk mendapatkan nombor TAC bagi urusniaga dengan sistem CIMB Clicks . Nombor telefon yang telah patik daftarkan pada mulanya telah tamat tempoh dan tidak dapat diselamatkan lagi. Jadi nombor TAC tidak dapat diterima pada nombor tersebut.  Agak merunsingkan patik bila semua ini berlaku. Mujur ada bantuan rakan terdekat dan dengan sedikit bacaan melalui blog akhirnya patik dapat menyelesaikan masalah patik ini dan rupanya ianya adalah sangat mudah. Ini patik kongsikan cara untuk update pertukaran nombor telefon bagi CIMB Clicks

PENGALAMAN DI NIGHTS OF FRIGHT 3 SUNWAY LAGOON

Image
PENGALAMAN DI NIGHTS OF FRIGHT 3 SUNWAY LAGOON | Takut, seram, seriau, cuak semua ada bila patik dan rakan blogger lain diberi peluang untuk merasai pengalaman di Nights of Fright 3 yang sedang berlangsung di Sunway Lagoon sehingga 31 Oktober 2015 . Sebenarnya ini adalah pertama kali patik masuk ke rumah hantu yang boleh patik kelaskan sebagai rumah hantu yang sangat seram dan memang jantung korang pasti tidak akan berhenti. Sangat berbeza dengan rumah hantu yang zaman-zaman skolah mahu pun fun fair kampung tu haaa.  Sebelum nak masuk lagi korang sudah didendangkan dengan lagu yang memang sisnonim dengan cerita hantu. Haaaa time tu memang patik pun sudah rasa tidak keruan hati perasaan ni haaa. Samada untuk terus masuk ataupun hanya berlegar-legar diluar rumah hantu sahaja.  Untuk pengetahun semua Sunway Lagoon telah diubah suai menjadi lokasi hantu untuk 14 hari pembukaan iaitu setiap hari KHAMIS, JUMAAT dan SABTU SAHAJA sehingga 31 Oktober 2015 diman