Posts

Showing posts from December 18, 2015

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL KINI DIBUKA

Image
BUTIK VENDOR DALIA JAMIL KINI DIBUKA | Sejak dua menjak ni, patik lihat banyak butik vendor yang menjadi platform kepada penjual-penjual barangan online muncul dimerata tempat.  Tidak terkecuali Butik Vendor Dalia Jamil yang telah membuka butik berkonsepkan butik vendor  tempoh hari yang berlokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Patik juga sempat melihat sendiri keadaan butik vendor ini. Lokasi yang bagi patik agak starategik kerana tidak terlalu tertumpu seperti di Seksyen 7 Shah Alam dimana terdapat pelbagai butik vendor dan juga butik lain muncul yang menjadikan masalah kepada tempat letak kereta pengunjung.   Menurut pemilik butik vendor ini, Puan Mastura Abdul Rahman, beliau memilih kawasan ini adalah kerana berdekatan dengan SALAM Medical Centre dan juga Hotel De Palma Inn yang memang sangat berdekatan dengan butik ini. Selain itu, keselesaan tempat letak kereta pengunjung juga menjadi keutamaan kepada Puan Mastura yang menjadikan pengunjung mudah untuk membeli belah