BUBUR NASI BERLAUK TERBAIK MILIK DLAILA


BUBUR NASI BERLAUK TERBAIK MILIK DLAILA | Melangkah masuk ke MMA Santai Corner, Nilai mata korang akan tertacap warna yang sangat menyerlah iaitu warna hijau. Gerai D'laila Mee Udang dan juga D'Laila Bubur Nasi Berlauk adalah 2 gerai milik beliau. 

BUBUR NASI BERLAUK

Tempoh hari patik dan rakan daripada Projek Travel datang ke MMA Santai Corner, Nilai ni demi untuk merasai menu terbaru beliau iaitu Bubur Nasi Berlauk. Dengar khabar bubur disini lain dari yang lain. Jadi patik datang untuk merasai sendiri menu bubur nasi berlauk tersebut.

BUBUR NASI BERLAUK

Nampak tak bermacam-macam jenis lauk yang disediakan untuk dimakan dengan bubur nasi yang direneh enak bersama sup herba ala-ala sup cina. Patik bagai nak pengsan tengan bercama jenis lauk ni. Tak tahu mana yang nak dipilih. 

BUBUR NASI BERLAUK
 Bubur Ayam Organik

BUBUR NASI BERLAUK
Bubur Seafood

Selain bubur nasi berlauk, disini juga terdapat bubur yang istimewa seperti Bubur Haruan Herba, Bubur Ayam Organik dan juga Bubur Seafood

BUBUR NASI BERLAUK
Bubur nasi yang sedia dihidangkan bersama lauk atau ayam organik atau haruan herba atau seafood

Untuk hidangan Bubur Haruan herba, bubur nasi akan dimasak bersama ikan haruan dengan menggunakan sup herba ala cina sehingga mesra bahan tersebut. 

Begitu juga dengan Bubur Ayam Organik dan juga Bubur Seafood dimana bubur nasi akan dimasak bersama ayam dan juga seafood. Memang terbaik !!

BUBUR NASI BERLAUK

Ini adalah menu yang sempat kami sambar untuk kami makan bersama bubur nasi panas. Yang paling penting kalau nak makan bubur nasi, telur masin tu adalah wajib dan menu berasakan ikan bilis juga antara yang mesti dimakan bersama bubur nasi.

BUBUR NASI BERLAUK

Terima kasih kepada pemilik D'Laila Bubur Nasi, Kak Laila sebab melayan kami sangat-sangat best. Kak Laila ni kalau kita mai makan kat sini, beliau akan bersembang sambil kita menikmati makanan. 

Bagi korang yang ingin menikmati bubur nasi panas disini, korang boleh menggunakan perkhidmatan waze untuk kesana.

D'Laila Bubur Nasi Berlauk
MMA Santai Corner,
Putra Point,
71800 Bandar Baru Nilai,
Negeri Sembilan.

Waze:
MMA Santai Corner Nilai

Facebook:

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen