KONSERT SENANDUNG PUSAKA KEMBALIKAN NOSTALGIA IRAMA MUZIK MELAYU ASLI

Saturday, January 30, 2016

KONSERT SENANDUNG PUSAKA

KONSERT SENANDUNG PUSAKA 2016 KEMBALIKAN NOSTALGIA IRAMA MUZIK MELAYU ASLI | Bila sebut lagu-lagu irama melayu asli berapa ramai diantara kita yang mengetahui jenis muzik dan lagu-lagu irama muzik melayu asli? Mana pergi lagu seperti joget, inang, zapin dan pelbagai jenis lagu tradisi melayu?

KONSERT SENANDUNG PUSAKA
 Edie Nazrin Hamzah

KONSERT SENANDUNG PUSAKA
 Jamilah Abu Bakar

KONSERT SENANDUNG PUSAKA
Azizul Haqim Md Anuwar

Bagi pandangan patik, banyak lagu irama melayu asli tidak lagi diperdengarkan kepada umum dan lagu-lagu ini akan kedengaran sekiranya menonton cerita lama atau apabila ada majlsi-majlis yang berkonsep tradisional. 

KONSERT SENANDUNG PUSAKA

Bagi mengembalikan nostalgia irama muzik melayu asli ini, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan Malaysia (ASWARA) melalui Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera (JKNN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif dengan mengadakan ‘Konsert Senandung Pusaka’  yang bertempat di Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, baru-baru ini.

KONSERT SENANDUNG PUSAKA

Patik dan rakan blogger daripada team Projek Travel telah dijemput untuk menyaksikan persembahan mereka yang menampilkan 3 orang anak muda yang sangat berbakat iaitu Azizul Haqim Md Anuwar (Johan Bintang Asli Remaja 2008) yang turut berpadu suara dengan penyanyi jemputan iaitu Edie Nazrin Hamzah (Johan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006) dan penerima Anugerah Artis Berbakat Muda 2013, Jamilah Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai 'Puteri Keroncong'.

KONSERT SENANDUNG PUSAKA

Konsert yang berdurasi 2 jam ini telah menghimpunkan sebanyak 20 buah lagu yang terdiri daripada pelbagai jenis genre seperto zapin, ghazal, inang, masri joget dan banyak lagu. 

Lagu seperti Dia Datang, Seri Mersing, Anak Dagang Joget Batu Pahat adalah menjadi kesukaan patik kerana lagu seperti ini pernah patik dengar sebelum ini. 

KONSERT SENANDUNG PUSAKA

Tetamu istimewa iaitu Tun Siti Hasmah Haji Ali telah sudi untuk hadir sebagai tetamu bagi menonton kemeriahan Konsert Senandung Pusaka ini. 

Apa yang patik lihat sepanjang konsert, Tun Siti Hasmah sangat seronok melayan lagu-lagu irama melayu asli ini. 

KONSERT SENANDUNG PUSAKA

Secara keseluruhannya, konsert ini sangat bagus dan sepatutunya dibuka kepada umum dengan skala yang lebih besar. Bakat seperti 3 anak muda ini bagi patik sangat-sangat diperlukan bagi memelihara irama muzik melayu asli agar tidak hilang dek zaman.

Apa pun patik sangat seronok sepanjang menonton persembahan ini dan terima kasih diatas jemputan dan sekalung tahniah kepada pihak ASWARA dan jugak JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diatas penganjuran Konsert Senandung Pusaka ini. 

You Might Also Like

0 komen