KONSERT SENANDUNG PUSAKA TONJOLKAN IRAMA MUZIK ASLI


KONSERT SENANDUNG PUSAKA TONJOLKAN IRAMA TRADISI | Korang gemar irama muzik asli? Ni haaa patik nak khabarkan kepada seluruh rakyat jelata sekalian bahawasanya pelajar dari Fakulti Pengurusan Seni Budaya Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan mengadakan Konsert Senandung Pusaka 2016.

Ini sebagai pelengkap tugasan mereka untuk sesi penilaian tahun akhir mereka. Patik sebanarnya antara penggemar muzik tidak kira apa jua genre. Lebih-lebih lagi muzik tersebut disampaikan secara langsung. Memang patik sangat gemari.

KONSERT SENANDUNG PUSAKA

Tarikh : 23 Januari 2016 ( Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


InsyaAllah patik akan sama-sama hadir untuk menyaksikan persembahan dan sebagai tanda sokongan kepada irama muzik asli ini. 

Untuk pengetahuan semua sebanyak 20 buah lagu yang akan dipersembahkan antaranya lagu Dia Datang, Seri Mersing dan banyak lagi. Selain itu koleksi lagu yang akan disampaikan mempunyai pelbagai jenis irama seperti Inang, Dangdut, Joget, Masri, Zapin, Ghazal dan banyayk lagi.

Jadi jom bersama-sama kita hadir kerana ianya adalah PERCUMA. Lagi satu tetamu VIP mereka iaitu Y.Bhg Tun Siti Hasmah Mohd Ali dijangka akan hadir bersama-sama menonton persembahan mereka ini kerana Tun juga memang meminati irama asli ini. 

Bagi mereka yang ingin mendapatkan pas masuk, korang boleh terus berhubung dengan Biro Publisiti dan Media mereka di talian 0147153414 (En.Faizal) / faizalashraf96@gmail.com atau 0179912139(Cik Ain) / ainfalihin@gmail.com.

Jumpa disana !!

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen