LOKASI MAJLIS DI KAJANG MILIK FELDA DISAJI KAJANG PERDANA AVENUE

Thursday, January 28, 2016

FELDA DISAJI

LOKASI PERKAHWINAN DI KAJANG MILIK FELDA DISAJI | Lokasi perkahwinan yang mudah dicari dan juga keadaan fasiliti sesebuah tempat memainkan peranan didalam sesebuah majlis perkahwinan. Anda mencari lokasi perkahwinan di sekitar Kajang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Semenyih?

Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue yang berlokasi di Taman Kajang Perdana, Kajang adalah sebuah lokasi yang patik cadangkan untuk mereka yang sedang mencari lokasi untuk mengadakan apa jua majlis termasuklah majlis perkahwinan. 

Tempoh hari patik dan beberapa rakan blogger lain telah dijemput untuk melihat sendiri keadaan sebenar lokasi ini. 

MENARIK TENTANG FELDA D'SAJI KAJANG PERDANA AVENUE

Untuk makluman semua, di Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue ini, disini menyediakan ruangan yang sangat selesa dimana ruangan yang disediakan etrbahagi kepada 2 ruangan iaitu yang berhawa dingin dan juga yang ruangan terbuka. Selain majlis perkahwinan, majlis lain seperti akikah, majlis bertunangan, seminar, hari keluarga, akad nikah boleh diadakan disini. 

FELDA DISAJI
 Ruangan berhawa dingin

FELDA DISAJI
 Ruangan terbuka berkipas besar.

FELDA DISAJI

Selain ruangan tetamu yang sangat selesa dan juga kemudahan surau dan tandas yang bersih, pengunjung juga tidak perlu risau kerana ruangan kenderaan yang sangat banyak disekeliling bangunan Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue memudahkan pengunjung untuk meletakkan kenderaan masing-masing. 

MAJLSI PERASMIAN FELDA D'SAJI KAJANG PERDANA AVENUE

FELDA DISAJI

Untuk pengetahuan semua, Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue adalah cawangan yang ke 11 disekiar lembah klang dimana bangunan ini boleh memuatkan seramai 700 orang untuk sesebuah majlis berlangsung dimana 250 orang untuk diruangan berhawa dingin dan juga 250 orang diruangan terbuka kiri dan kanan bangunan. 

FELDA DISAJI

FELDA DISAJI

Majlis perasmian ini telah selamat dirasmikan oleh Pengerusi Felda sendiri iaitu YB Tan Sri Datuk Sri Utama Hj. Mohd Isa Abdul Samad. Patik antara salah seorang yang hadir didalam upacara perasmian bangunan Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue.

Bila bercakap D'Saji, patik rasa rata-rata sudah biasa mendengar perkhidmatan katering yang mereka berikan. Makanan yang mereka berikan memang cukup sedap. Jadi tidak hairanlah jenama D'Saji ini memang tidak dapat didangkal lagi. 

FELDA DISAJI

FELDA DISAJI


FELDA DISAJI

FELDA DISAJI

FELDA DISAJI

FELDA DISAJI

Boleh dikatakan makanan yang disajikan oleh pihak D'Saji tidak pernah mengecewakan. Dengan rasa, persembahan makanan dan juga servis yang staf mereka berikan memang terbaik. 

FELDA DISAJI
 Cendol Songkok Tinggi

FELDA DISAJI
Apam Balik Seri Menanti

Selain makanan yang patik ceritakan tadi, pihak D'Saji juga menyediakan menu tambahan bagi mereka yang ingin sesuatu kelaian didalam hidangan mereka. Menu Cendol Songkok Tinggi dan jga Apam Balik Seri Menanti ini adalah 2 menu yang menjadi pilihan orang ramai.
FELDA DISAJI

Cendol Songkok Tinggi

Patik sendiri sudah merasai 2 menu ini. Rasa macam nak bungkus bawa balik cendol dan juga apam balik ini sebab rasanya yang memang berlaian dengan yang sedia ada dipasaran. 

PAKEJ PERKAHWINAN DI FELDA D'SAJI KAJANG PERDANA AVENUE

Bagi mereka yang berada disekitar Kajang yang ingin mencari lokasi perkahwinan, patik mencadangkan korang untuk cuba perkhidmatan disini dengan harga serendah RM28.00 sekepala termasuklah makanan, pelamin, PA sistem, perkhidmatan RELA untuk menjaga lalu lintas.

Boleh dikatakan korang boleh gunakan kesemua yang ada disini.

Untuk mereka yang ingin keterangan lanjut, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:

Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue
Taman Kajang Perdana
Kajang
Selangor

Telefon:
03-88811311
03-26988302
013-3680453 ( En. Syaiful)
019-2956232 (Cik. Nurul Nadia)

Facebook:

Instagram:

FELDA DISAJI

Terima kasih kepada pihak pengurusan Felda D'Saji atas jemputan team Projek Travel dan rakan blogger lain ke majlis perasmian ini dan sesi pengenalan kepada Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue.

You Might Also Like

2 komen

  1. nice place..yang penting ada kemudahan untuk orang yang datang..siap ade parking space lagi..tak perlu risau nak cari parking..ada surau dan tandas lagi.. dalam tuh pn nampak spacious.

    ReplyDelete