MURUKU SEDAP KAMPUNG KACANG PUTEH

MURUKU SEDAP KAMPUNG KACANG PUTEH


MURUKU SEDAP KAMPUNG KACANG PUTEH | Tempoh hari patik telah menghadiri majlis perkahwinan rakan patik yang terletak di Parit, Perak. Bila melawat tempat orang, patik lebih suka mencari tempat yang mungkin menarik untuk patik kongsikan bersama pembaca blog patik ini. 

Untuk pengetahuan semua Perak atau lebih khususnya Ipoh adalah lokasi yang menjadi pilihan orang ramai kerana tarikan lokasi hipster yang mereka tonjolkan. Untuk kisah lokasi hipster tu nanti patik akan ceritakan. 

Sebenarnya ini lokasi ini adalah pertama kali patik menjejakkan kaki. Patik juga biasa dengan lokasi kerepek di Selangor dan lokasi muruku ini adalah pertama kali patik sampai.

Untuk kali ini patik nak berkongsi lokasi muruku sedap di Ipoh iaitu Kampung Kacang Puteh, Buntong, Ipoh Perak

MURUKU SEDAP KAMPUNG KACANG PUTEH

MURUKU SEDAP KAMPUNG KACANG PUTEH

Untuk pengetahuan korang, bila korang mai dekat sini, korang akan dikaburi dengan pelbagai pengusaha muruku yang terdiri daripada keturunan india. Memang orang berbangsa india sangat hebat didalam penghasilan muruku yang sedap.

Jangan risau kerana pengusaha ini mempunyai sijil HALAL daripada JAKIM dan kita yang beragama islam tidak perlu berasa was-was dengan muruku mereka.

2 kedai ini menjadi pilihan patik untuk membeli muruku yang dikatakan sedap oleh orang ramai. 

MURUKU SEDAP KAMPUNG KACANG PUTEH

Memang pelbagai jenis muruku yang dihasilkan disini. Korang tengok dan korang pilih mana yang berkenan dihati. 

Harga yang ditawarkan disini memang sangat berpatutan. Patik pernah menempah dari kawan pati dengan ahrga RM50 dan yang patik dapat adalah sebakul pelbagai jenis muruku. Memang sangat murah sini.

Kalau korang ada yang datang disekitar Ipoh, boleh laaa datang melawat ketempat ini untuk memberi pelbagai jenis muruku untuk dibawa pulang sebagai oleh-oleh untuk sahabat handai dan juga keluarga.

Waze: Kampung Kacang Puteh Ipoh

Patik pasti korang akan sampai terus dihadapan deretan kedai yang menjual muruku ini. 


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen